Nuffnang

Thursday, August 18, 2011

KERUSI PAKU PAKIS


Mencipta sebuah rekaan produk memerlukan lebih daripada sebatang pensil atau sekeping kertas. Masa, kreativiti dan jati diri memainkan peranan penting dalam sesuatu rekaan.

Bagi Shahrul Anuwar Mohamed Yusof, 25, dia mengambil masa lebih enam bulan untuk mereka cipta produk bermula daripada peringkat kajian sehingga kepada pengembangan idea.

“Ia bersifat berterusan dan hampir setiap hari akan ada bahagian yang mahu diperbaiki,” ujarnya ketika ditemui di Studio Utusan baru-baru ini.

Jelas Shahrul, pada mulanya, rekaan kerusi itu adalah untuk projek tahun akhir pengajiannya. Persediaan untuk menentukan idea sahaja, dia peruntukkan masa selama tiga minggu.

“Selepas tamat sesi penilaian, pensyarah saya memberi cadangan supaya menyertai pertandingan reka cipta, Radostar. Tidak sangka, selepas terpilih antara lima teratas. Saya muncul juara,” ujar pemenang tempat pertama pertandingan Radostar Prize pada tahun lalu.

Rekaan kerusinya digelar sebagai Fernature Chaise Lounge. Nama itu dipilih kerana fungsi dan dekorasi rekaan menggambarkan paku-pakis.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment