Nuffnang

Friday, August 12, 2011

KOLEKSI PELITA


Nostalgia zaman kanak-kanak ketika di kampung rumah nenek di Batu Pahat yang tidak mempunyai bekalan elektrik ketika itu. Kalau tak silap kita usia kita menjangkau 4-5 tahun. Bila malam sekadar diterangi cahaya suram pelita masih segar di ingatan sehingga ke hari ini. Namun semuanya sudah berlalu. Pejam mata ingat balik memang rasa indahnya hidup ketika itu, tanpa memikirkan beban masalah.



Sayang sekali dulu pelita2 ini di buang begitu sahaja bila dirasakan ianya tidak berguna lagi berbanding sekarang, kita bagai menagih simpati dalam hati...hehehe

Adakalanya harga sebuah pelita mencecah harga RM480, kalau membeli secara online sedikit masa dahulu tapi peniaga akan paham kalau kita pandai menyatakan minat mengumpul pelita.



Mungkin tidak ramai yang mempunyai hobi sedemikian. Namun bagi kita minat tersebut mampu menghiburkan hati terutama apabila memandang koleksi pelita yang tersusun rapi di atas meja konsol.




No comments:

Post a Comment