Nuffnang

Wednesday, August 24, 2011

KURMA



Detik Ramadhan kali ini sudah pun hampir penghujungnya. Kadang2 bila sampai waktu berbuka kita terlupa perkara yang boleh mendatangkan sunatNya. Contoh perkara yang paling simple dengan memakan buah kurma.

Kita dah nampak air yang berais, nasi dengan lauk pauknya dan pencuci mulut. Kesian kurma terpencil ketepi. Kalaulah buah kurma boleh bercakap 'makanlah aku! makanlah aku! barulah orang boleh mencapainya...hehehe

Masing2lah nak mencari pahala yang lebih banyak, tidak semstinya memakan buah kurma ya tak?



Hari ini kalau sebut buah kurma tidak semestinya orang Islam sahaja yang mengetahuinya, malah kaum cina pun sudah mula sedar khasiat buah kurma. Jadi tanpa segan silu mereka juga membelinya.

Buah kurma cukup laku di bulan Ramadhan tapi hari2 biasa juga elok memakannya tambah lagi bagi ibu2 yang mengandung. Kandungan yang terdapat dalam buah kurma seperti kalsium dan potassium cukup baik untuk tubuh badan.

Kita suka sangat buah kurma yang dalamnya diletakkan badam, kurma bersalut coklat dan kurma segar. Kalau ada pun agak sukar nak dapat.

Kejap lagi buka puasa, jangan lupa makan buah kurma ya...hehehe
.

No comments:

Post a Comment