Nuffnang

Thursday, August 11, 2011

LONDON HURU HARA

Sumber Google


Bagi rakyat Malaysia yang nak kesana dalam masa terdekat sure berdebar-debar kerana kota London sedang dalam keadaan huru hara namun kita percaya keadaan terkawal.Harap tidak berterusan sehingga hujung tahun.

Bermula dengan satu protes kecil secara aman dipinggir kota London di Tottenham, Sabtu lalu, berpunca seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

Ekoran itu, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool, semalam.

Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan.

Seorang pelajar Malaysia mengalami patah tulang rahang dan gigi selepas dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar membeli juadah berbuka puasa.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment