Nuffnang

Saturday, August 13, 2011

MAMAT EXIST DIDENDA KERANA DADAH


Sedikit masa daahulu semasa kita tinggal dirumah lama, Mamat Exist selalu kita nampak sebab rumah kakak beliau betul2 dibelakang rumah kita. Memang tak pernah bertegur sapa tapi kita meminati lagu nyanyian beliau 'Oh Ibu' tapi sayangkan dia boleh menyampaikan mesej lagu tersebut kepada pendengar namun dia gagal menyampaikan untuk diri sendiri sehingga terjebak dalam najis dadah. Kita doakan moga dia kembali kepangkal jalan . Insyallah.

Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.

Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali.

Mamat mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu. Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.

No comments:

Post a Comment