Nuffnang

Saturday, August 27, 2011

PTPTN : 836,408 LAYAK KAEDAH UJRAH

Seramai 836,408 daripada kesemua 1.4 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) layak ditawarkan pertukaran pembiayaan pendidikan berlandaskan kaedah Ujrah.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, baki selebihnya tidak layak kerana terlibat dengan tindakan saman, melanggar perjanjian terdahulu atau sudah menyelesaikan keseluruhan pinjaman.

Menurut beliau, sehingga 14 Ogos lalu, seramai 429,942 peminjam yang layak telah mengemaskini maklumat masing-masing manakala seramai 376,466 belum berbuat demikian.

“PTPTN amat berharap semua peminjam terlibat dapat mengambil peluang keemasan ini bagi menyelesaikan urusan pertukaran dalam tempoh yang ditetapkan.

“Peminjam yang gagal memberikan maklum balas sehingga 30 September ini, mereka akan kekal dengan kos pentadbiran tiga peratus atau lima peratus,” katanya selepas program Merdeka Raya PTPTN di Plaza Tol Gombak semalam.

Sumber : Kosmo


No comments:

Post a Comment