Nuffnang

Monday, August 8, 2011

RIADAH BERSAMA BASIKAL


Incik asben buat cadangan untuk beriadah sambil berbasikal waktu petang. Tempat kerja naik turun guna lif, taklah mencabar sangat...huhuhu. Maklumlah bila berumur meningkat, perlu mengutamakan kesihatan, menitik beratkan kesihatan itu amat penting.

Terfikir oleh incik asben untuk membeli basikal 2 minggu yang lepas. Alhamdulilah pagi tadi dia dah pun beli basikal 2 buah untuk kami berdua bagi tujuan untuk beriadah hujung minggu dan petang2 selepas balik kerja. Memandangkan basikal tak boleh letak luar rumah, kita simpan dalam bilik bawah yang tak digunakan. Basikal pun nak curi lorrr, teruk punya orang. Cettt!

Wah! Best ni, boleh juga berbasikal bersama anak2 kalau mereka balik :)


No comments:

Post a Comment