Nuffnang

Sunday, August 28, 2011

RUMAH BARKAT JOHOR BAHRU @ RUMAH ANAK2 YATIM


Taraaaaa! Masa ini masih dalam kereta untuk memasuki perkarangan Rumah Barkat Johor Bahru. Kita bertolak dari rumah dalam jam 12.50tgh dan sampai di Rumah Barkat dalam 1.30tgh. Keadaan sunyi dan kedatangan kami disambut oleh pak guard yang sedia berdiri di pintu hadapan utama.



Inilah pintu pagar utama yang sejak berkurun lamanya dengan tertera perkataan " Rumah Barkat ". Masa kita sampai ada beberapa buah kereta parking yang sedang berurusan di pejabat pentadiran Rumah Barkat mungkin mereka membuat sumbangan dan sebagainya.



Bangunan induk sudah dirobohkan dan bakal digantikan dengan bangunan baru bagi tujuan naiktaraf. Ermmm, siapakah penderma yang berhati mulia membantu dalam dana menaikkan taraf bangunan baru itu agaknya? Besar pahalanya.



Masa kita masuk dalam keadaan agak sunyi dan dipahamkan penguni kesemuanya balik kampung dan telah pun diambil oleh waris masing2.

Kita bersama beberapa orang penghuni yang baru nak balik dan di ambil oleh waris masing2. Kesiankan kita dah bershopping sakan, bagi mereka dapat balik kampung pun sudah cukup bermakna.



Kita ajak anak dara dan incik asben ikut kesini, biar mereka tahu dan menilai betapa indahnya mendalami hati insan2 yang kurang bernasib baik. Kita nak mereka tahu hidup tidak sentiasa senang, malah ada insan yang lagi dhaif hidupnya.

Kita semua harus bersyukur dengan apa yang ada sekarang, nikmat yang Allah beri cukup bermakna. Alhamdulilah, dari itu kita jangan tamak berkongsilah sebahagian harta kita untuk anak2 yatim.



Longgokkan beg2 anak2 yatim yang bakal di bawa pulang kekampung halaman masing2 sementara menunggu waris sampai.

Apa yang kita perhatikan proses untuk membawa anak2 ini keluar pun agak ketat, kad pengenalan si waris di perlukan, memandangkan ada setengah daripada mereka ada keluarga2 angkat yang mengambil mereka untuk berhari raya bersama mereka. kalau kita boleh merasa sedihnya, apatah lagi anak2 yatim tersebut.




Bersama incik asben dalam pejabat pentadbiran. Tengahari itu kita berurusan dengan Puan Esah, nampaknya segala urusan pentadiran pun sudah bertambah baik. Kalau sebelum ini resit2 pembayaran menggunakan tulisan tangan kali ini computerized. Perubahan yang baik.



Sebelum meninggalkan perkarangaan Rumah Barkat sempat kita abadikan gambar bersama incik asben di wakaf yang disediakan. Kita doakan anak2 ini maju dalam pelajaran, menjadi anak yang berguna kepada bangsa dan negara.

Moga apa yang tersemat dalam hati kita, Allah berikan kita kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan tahun2 berikutnya kita sentiasa mendambakan diri disini untuk mereka. Biar pun sekecil zarah sumbangan kita tapi sudah cukup bermakna dan inilah perkongsian kegembiraan kita bersama mereka.


2 comments:

  1. terima kasih kerana datang ke rumah barkat.saya salah seorang yang pernah dibesarkan dirumah barkat,1982

    ReplyDelete
    Replies
    1. shafee : Alhamdulilah dik, saya suka meletakkan diri ditempat spt kamu sbb saya boleh merendahkan diri saya...saya takut jadi manusia yang alpa...

      Delete