Nuffnang

Wednesday, August 3, 2011

SUP URAT

Gambar Google

Mood gumbira, mentang2lah esok baru nak naik kerja...lalala. 4 hari bebas dari tekanan kerja, esok hamik ko dengan kerja yang melambak lagi. Biasalah lumrah orang berkerja, alah bisa tegal biasa. Chewah!

Nak tanya sikit, korang pernah tak makan sup urat? Kita agak jarang tapi dah menjadi makanan paberet incik asben kita so secara tak langsung kita 'bolehlah'. Kita bab makan tak ada pantang, pantang jumpa adalah..hahaha. Pernah makan sejak kecil dan tidak double standard, apatah lagi nak cerewet. Tak kuasa mak!

Malam tadi selepas solat sunat terawih sambil minum jus epal sempat order sup urat untuk bungkus bawa balik. Kita panaskan pagi tadi buat sahur. Rasanya dah hampir 5 tahun kita jadi pelanggan tetap dekat Aliff Sup, dari owner yang pertama sehingga sudah bertukar tangan. Kalau batang idung kami berdua, memang dah biasa....lalala


Gambar Google

Apa yang kita tahu sup sebegini menjadi makanan kegemaran orang Terengganu dan Kelantan. Betul tak? Sup urat ini paling mahal pun dalam RM6.00 semangkuk, agak pekat berempah dan secukup rasa.

Bagi penduduk Johor Bahru bolehlah merasa keenakan pelbagai jenis sup di Aliff Sup yang terletak di Bandar Baru Uda.

No comments:

Post a Comment