Nuffnang

Friday, August 19, 2011

WARGA JEPUN AMANAH

Sebuah negara yang patut kita contohi, moga menjadi contoh dan tauladan bagi warga Malaysia. Malaysia Boleh?

Penduduk Jepun memulangkan kepada pihak berkuasa kira-kira RM246 juta wang milik mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu awal tahun ini.

Kejujuran itu didedahkan ketika mahkamah Britain berdepan dengan longgokan kes jenayah ekoran rusuhan melanda beberapa bandar raya negara itu minggu lalu.

Dalam tempoh lima bulan sejak bencana melanda Jepun, orang ramai mengembalikan ribuan dompet dan beg tangan yang ditemui di bawah runtuhan bangunan serta kediaman.

Dianggarkan nilai wang yang ditemui daripada dompet dan beg tangan itu bernilai hampir RM148 juta.

Lebih 5,700 peti besi yang dihanyutkan ombak ke pantai juga diangkut dan diserahkan kepada polis oleh sukarelawan dan anggota penyelamat.

Hasil pemeriksaan mendapati, ada kira-kira RM98.6 juta ditemui. Satu daripada peti keselamatan itu turut menyimpan wang bernilai hampir RM3 juta.

Selain wang tunai, peti keselamatan itu turut berisi ketulan emas, barang antik serta pelbagai barang berharga.

Sumber : Hmetro


No comments:

Post a Comment