Nuffnang

Tuesday, September 6, 2011

GAYA KLASIK SERLAH CITARASA


Pertama kali buka page dari suratkhabar online Mstar dah buat kita teruja sesangat. Bagus untuk dikongsikan bersama semua peminat dekorasi. Cuba layan dekorasi interior rumah Rizalman. Huh! Juling biji mata.

Muzik klasik Eropah sayup-sayup kedengaran saat tiba ke kediaman pereka tersohor negara, Rizalman Ibrahim yang sibuk melayan keletah anak lelakinya memecah suasana damai petang itu.

Rasa terpegun serta merta wujud melihat kediaman terletak di Bukit Setiawangsa itu selain tiada kata sesuai untuk diluahkan ketika melangkah masuk dan melihat sendiri keindahan dekorasi kediamannya yang cukup mempersonakan.



Rizalman memperlihatkan citarasa yang tinggi ke atas gaya klasik Eropah dengan sedikit sentuhan moden sebagai nafas baru pada gaya itu.

Tidak segah namanya di persada fesyen, Rizalman yang ditemani anaknya, Umar Nail, 9 tahun cukup merendah diri apabila pujian diberikan mengenai rumah tiga tingkatnya itu.



“Apa yang anda lihat adalah cerminan siapa diri saya. Mungkin pada orang lain ia tidak kena dengan citarasa mereka tetapi ini adalah apa yang saya inginkan untuk diri dan anak lelaki saya,” katanya ketika ditemui Mingguan mStar baru-baru ini.

Mempelawa melihat-lihat kediamannya, Rizalman memberitahu dia gemarkan konsep klasik Eropah kerana nilai keunikan konsep itu dan perabotnya yang tidak telan dek zaman.



Melahirkan sendiri idea dan konsep rumah tersebut, kediaman dua bilik itu mempunyai konsep yang seirama dari tingkat satu hingga ke tingkat tiga.

“Memang idea asal saya ialah untuk menggunakan satu konsep sahaja pada keseluruhan rumah kerana ia tidak akan kelihatan serabut dan lebih tersusun,” ujarnya.



Memilih untuk melatari segenap penjuru dinding rumahnya dengan rona kelabu yang jarang dilakukan, pemilik berjaya menaikkan struktur dan seri rumah supaya tampak mewah dan elegan.

Menyusuri lanjut kediaman yang mempunyai dua bilik tidur dan beberapa ruang kamar kecil lain itu, tingkat dua kediaman adalah khusus untuk aktiviti sehariannya.



Dapur yang bercirikan moden dengan kemasan putih memberikan kelainan dan cahaya terang pada ruang lain yang masih mengekalkan konsep klasik Eropah terutamanya pada ruang makan yang menggunakan perabot dari rona hitam.

Di satu sudut pula menempatkan ruang berehat dua beranak itu untuk menonton program kegemaran di kaca televisyen dengan gaya yang ringkas dan selesa tetapi masih mengekalkan elemen elegan.




Meneruskan ke tingkat paling atas yang menempatkan dua kamar bilik tidur dia dan Umar, Rizalman memberitahu dia cuba lari dari kebiasaan dalam menghias bilik tidur anaknya yang masih kecil dengan memberikan gaya bilik tidur lelaki biasa supaya konsep itu dapat digunakan lama.




Tidak hanya mengabadikan diri dalam dunia fesyen, Rizalman kini melebarkan sayapnya dalam satu lagi cabang seni sebagai perunding hiasan dalaman dan bakal menghasilkan rangkaian koleksi perabot dibawah jenamanya.

Sumber : Mstar


6 comments:

  1. LYAfrina : + - citarasa kita ya..hehhee..tq masuk blog akk...:)

    ReplyDelete
  2. akak selalu mengikuti perkembangan rumah Rizalman.. mmg setiap tahun pasti ade perubahan...
    citarasa Rizalman mmg class dan dalam kelompok nya yg tersendiri..

    ReplyDelete
  3. AZLITA AZIZ : Kita 2 x 10 ya Azlita...suka tgk rumah dia..cantik sgt...:)

    ReplyDelete
  4. sy..umah sndiri pn xde lg :P ...

    ReplyDelete
  5. ziraziz : xpe...isnyallah ada nnt..akk doakan lg baik dari Rizalman. Amin ;)

    ReplyDelete