Nuffnang

Wednesday, September 7, 2011

JALAN2 @ DANGA BAY

Salam untuk semua pembaca blog kita. Kita bersiaran malam ini untuk beberapa entri yang sudah di schedule. Ikut tau dengan entri2 kita yang bergambar.



Lepas hantar anak bujang kita balik hostel, kita lalu area Pantai Lido, tujuan utama nak beli kupang. Arggghh! Tutup. Maaf ya kak Aja, ibu tak dapat nak belikan sebab peniaga masih mood raya agaknya...hehehe. Nanti balik Johor Bahru lagi ibu belikan sampai muntah kupang...hehehe



Lupakan pasal nak beli kupang, terus menuju jalan Skudai. Sebelum sampai jalan Skudai anak kita cakap Danga Bay ni bila agaknya nak siap contructionnya.

Ntahlah, terus singgah Danga Bay sebab ada bawa Nikon ketika tuh. Lagi pun view cantik jam dah 6.15ptg. Mula sampai hanya kita yang dok sibuk amik gambar depan kapal. Lama kelamaan sorang2 fotographer datang. Kita eksen je lebih tapi haprak...hahaha



Mulakan sesi photoshoot. Perasaan model katakan, model blog sendiri bolehlah. Tak pun untuk warga emas, itu pun lom tentu orang nak amik...hahaha

Tengok aaaar tahun depan Petronas amik kita jadi model. Wataknya ibu yang malang...hahaha. Issshh! Apa kita merepek ni...wakakaka



Orang ramai betul petang tu, lagi pun masih bahang raya maka sanak saudara warga Johor Bahru cuba menikmati keindahan Danga Bay. Ntah ya, bagi kita biasa2 je....hehehe. Tak berapa nak jakunlah...hehehe



Ceh! Dengan gaya santai membelakangkan kapal-kapal seluruh dunia yang berlabuh di Selat Tebrau. Tak ada pulak Mat/Minah Salleh yang keluar terpacak dari kapal. Kekununnya perasanlah kat obersea. Hampeh...hahaha

Tak pun Mat/Minah Salleh nak snap muka orang Malaysia. Snap muka kita ke...hahaha. Perasannya mokcik :)



Gaya gedik pun ada masa ni. Geli arrr! Dah macam momok pun ada masa ni. Lari pengarah nak soh buat uji bakat kat makcik ni...hahaha. Macam main cak2 pulak...wakaka. Ini keja anak dara kitalah sampai tahap momok ibu dia dibuatnya...hihihi

Kita jalan2 setakat area Marina Bay je sebab dah dekat maghrib. Kalau kedepan lagi boleh naik tramp.

Sekarang tengok Festive Mall tu macam dah tak hidup lah.
Sedangkan dulu2 kat situ yang havoc sekali. Cepat tul pembangunan kat Danga Bay. Kaya sangat kot, moh sini derma kat makcik ni...hehehe



Masa ni anak dara kita tergelak beso, dia cakap ibu macam ustazah. Sopan giler, kita jawab nak bawak lagu nasyid tuh...hahaha



Sesaja nak merambu. Pergh! memang cantik view petang tu cuma kita tak berapa pandai nak adjust lagi cik Nikon!. Banyak lagi nak belajar. Huh!

Walaupun mula hujan renyai mula turun tapi tetap layan. Niat singgah memang untuk berlibur. Untuk tengok-tengok kapal2 yang berlabuh, tengok-tengok orang, cuci-cuci mata. Yeh enjoy!.


2 comments:

  1. uiihh... dah lama tak jejalan kat Danga Bay. tentu dah banyak perubahan..

    ReplyDelete
  2. Mr PenyuBiru : MMg byk..semua dlm construction..mencik aaarrr sepah2 je ghupanya :)

    ReplyDelete