Nuffnang

Thursday, September 15, 2011

JAMUAN RAYA BERSAMA SULTAN JOHOR


Semalam jamuan raya UTM, antara tetamu yang hadir adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan bersama warga UTM amnya.



Majlisnya cukup meriah, makan secara santai dengan di iringi okestra dari askar Timbalan Setia Negeri Johor. Pelbagai juadah makanan di sediakan mengikut fakulti masing2. Kalau ikut semua nak dirasa tapi memang tak larat. Dapat 2 menu kita dah kekenyangan.



Sebelum semua menjamu selera sambil menunggu ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar masing2 berdiri memberi tanda hormat kepada VIP yang hadir termasuklah kita di khemah PSZ. Walaupun panas tapi happy dan enjoy bersama rakan2 satu jabatan :)



Bila Sultan sampai di khemah jabatan kita, tuanku cukup peramah dan mesra rakyat. Teringat kita menu jabatan kita adalah rojak asma, dengan secara berseluruh tuanku berkata ' makanan ini, rojak asma ada tak disediakan di meja VIP'.


Sultan Johor dan kita :)

Sultan sempat berjabat tangan dengan kita sambil berseluruh sekali lagi bertanyakan kepada kita 'wangi tak?' sambil mengangkat kening....hehehe. Kita pun cakap ' wangi tuanku', bukan apa tuanku berbangga minyak wangi yang dia suggestkan sebelum ini sudah menjadi kenyataan dan telah di rasmikan ketika di dewan Sultan Iskandar sebelum jamuan raya. Memang wangi giler!

Namun inilah pertama kalinya kita dapat berjabat tangan dan bertentang 4 mata dengan Sultan Johor yang berjiwa rakyat. Daulat Tuanku!


2 comments:

  1. semalam ayu dah baca entry kawan yang mungkin satu tempat kerja dengan kak ct..

    booth dia meriah gak..

    siap dia syer ttg minyak wangi yang disembur di dewan..
    katanya yang perempuan lembut.. dan kuat baunya untuk lelaki...

    PS: tahun 2007 ayu pernah berjabat tgn dengan sultan.. but time tu dia masih lagi TM..

    ReplyDelete
  2. wah bestnya kak ct. teringin nak face to face dengan sultan. :D

    ReplyDelete