Nuffnang

Tuesday, September 6, 2011

KEMERIAHAN RAYA DI BENDANG


Menyambut Aidilfitri di kampung semestinya menjadi perkara yang dinanti-nantikan oleh setiap warga kota. Termasuklah kita sekeluarga. Kemeriahan menyambut hari raya semestinya lebih dirasai di kampung di mana setiap ahli keluarga serta sanak-saudara akan berkumpul bersama-sama di pagi Syawal.



Kebiasaannya persediaanawal sudah dilakukan bab membeli baju raya sebab lebih fokus untuk persiapan rumah dulu. Namun, untuk tahun ini kita tak bersiap sangat sebab lebih selesa berbelanja dalam kesederhanaan.



Tahun lepas beraya di Johor Bahru, jadi untuk tahun ini, kita sekeluarga akan beraya di kampung sebelah incik asben di Parit Hj Anuar, Air Hitam, Muar, Johor. Seronok raya di Muar sebab kampungnya betul-betul berhampiran dengan bendang. Jadi, suasana hari raya itu memang dirasai. Cantikkan?



Seperti biasa, kami akan jalan pergi ke kubur. Selepas itu, kami akan jalan ke rumah sanak saudara pula untuk ziarah-menziarahi pada sebelah malamnya. Kalau disebelah siangnya lebih kepada melayan tetamu yang berkunjung kerumah.



Hari raya memang hari yang kita tunggu sebab setiap kali raya, memang banyak benda yang seronok. Selain bermaaf2an sesama ahli keluarga dan saudara mara, sekarang sudah macam trend baju dengan warna yang sedondon dan sesi mengambil gambar seisi keluarga.

Begitulah juga seperti kita sekeluarga, merebut peluang kesawah bendang demi photoshoot ini...hehehe

Itulah hasilnya di atas sana :)


11 comments:

  1. selamat hari raya buat kak ct sklrg..
    wah!!!
    bestnya berya di kampung..
    ala2 di kedah kan???

    kak.. rindu....
    bila lah kita bersua lagi..

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan & selamat menyambut syawal buat akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya kak CT...
    Selamat Berkenalan di alam Maya...

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya pda ct sekeluarga..

    ReplyDelete
  5. Woahh best la...bole tengok permandangan cantik, sejuk mata memandang! :)

    Selamat Hari Raya! Terima kasih sudi follow blog Ain! :)

    ReplyDelete
  6. Citarasa Rinduan : Laling akk, selamat hari raya juga...maaf zahir dan batin ya. Nanti kalau ada xtbt kat JB bagi tau eh...:)

    ReplyDelete
  7. eelobor : salam pkenalan gak dari akk..tkasih datang sini :)

    ReplyDelete
  8. ~AiMi SyAhiRAh~ : Bukan pemandangan je...orgnya pun serupa...wakaka

    ReplyDelete
  9. cikgu su : slmt hari raya juga dari akk...n salam pkenalan di alam maya :)

    ReplyDelete
  10. ibundo : Slmt hari raya juga dari CT n family..tkasih jd sahabat alam maya..rajin2 masuk sini :)

    ReplyDelete