Nuffnang

Wednesday, September 7, 2011

MASA TERUS BERLALU


Begitu banyak kita menerima email, sms, pesanan di facebook, blog dan sebagainya untuk memberikan doa yang baik2. Alhamdulilah.

Begitu pantas masa berlalu, seolah-olah tidak sabar untuk meninggalkan kita semua. Masa yang sudah berlalu, tidak boleh diputar kembali. Kita akan terus melangkah, kita akan terus berjalan, meninggalkan hari-hari yang telah berlalu.

Namun begitu, bukan bermakna sepanjang perjalanan kita, kita tidak boleh menoleh ke belakang untuk seketika kerana kita juga perlu melihat hari-hari yang telah berlalu, yang telah kita tinggalkan untuk kita bermuhasabah dan tidak mengulangi kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini, untuk menjadikan hari ini dan hari-hari yang akan datang lebih bermakna.

Berkerjalah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, beribadahlah seolah-olah kita akan mati esok hari.


2 comments: