Nuffnang

Friday, September 2, 2011

PAGI RAYA 2011


Masih mood raya, walaupun esok pagi jumaat dah memulakan kembali bertugas di pejabat. Hope pejabat meriah seperti tahun yang sudah2. Insyallah sebab esok bermulanya pendaftaran pelajar luar negara dan di ikuti pada hari sabtu dan ahad pelajar dalam negara. Tak kisahlah tu semua kerja dan raya bukan satu halangan. Ceh!



Sempat kita bersiaran sekejap di malam hari ini untuk upload gambar2 raya kita yang biasa 2 je :)

Ada tema warna ke? Biasalah ada sikit2 maroon dan pink. Kita dan incik asben maroon, manakala anak2 pink warna kesukaan mereka.


Pagi raya kami menyambut di rumah sendiri je, sebelum bertolak kerumah abah sempat bermaaf2an terlebih dahulu. Walaupun keluarga kami kecil tapi bila dah bersatu jadi riuh rendah pagi tu tambah dengan si Betty dan Bron yang mmenyambut Syawal buat pertama kalinya. Meoww! :)



Harap tahun hadapan dapat beraya bersama lagi berempat seperti tahun yang sudah2. Sambutan raya kali ini biasa2 je. Kesempatan ini kita bagi pihak keluarga ingin mengucapakan SELAMAT HARI RAYA sekali lagi pada semua pembaca blog ini.


No comments:

Post a Comment