Nuffnang

Friday, September 30, 2011

✿ UJI BAKAT DAN TEMUDUGA ✿


Kita menghantar anak buah menjalani sesi ujibakat dan temuduga Sekolah Seni Johor Bahru yang baru lepas tempohari. Alhamdulilah Nana antara pelajar yang terpilih untuk menghadiri sesi ini selepas menduduki peperiksaan UPSR yang baru selesai.



Sekolah Seni hanya terdapat 2 buah sahaja dalam Malaysia iaitu di Johor Bahru dan Kuching. Anak buah kita ambil bidang Seni Halus (Lukisan). Memula kita ibubapa atau penjaga diberi taklimat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kemudian menduduki peperiksaan bertulis, ujibakat mengikut bidang. Anak buah kita melukis. Bagi kita yang dapat ujibakat bukan calang2 pelajar semuanya dah ada skill seperti pelukis.



Akhir sekali temuduga. Wow! Lama giler kita tunggu sampai 2 jam camtu. Interview dalam bahasa inggeris, anak buah kita kena bercakap about Art School. Bukan senang nak masuk sekolah ini, intake tahun depan dia hanya ambil 175 pelajar daripada 1007 pelajar yang terpilih untuk menghadiri temuduga.

Untuk anak2 UPSR tahun 2012 kena ready awal bagi yang berminat. Interview dia mengalahkan orang temuduga kerja...:)


3 comments:

  1. insyaallah....hehehe...^_^ (org yg bakal menduduki UPSR)

    ReplyDelete
  2. Anonymous : Bagus2 kena bersiap sedia, kita dh bagi tips sikit2..so blh buat persediaan...:)

    ReplyDelete
  3. adik sy ada intebiu nih esOk.. ada apa tips lagi yg leh di share kak...?

    ReplyDelete