Nuffnang

Saturday, October 8, 2011

ISTERI BOCOR RAHSIA SENDIRI


Aduyaiii! Macam2lah kerenah manusia, kadang2 isteri baik suami jahat dan suami baik isteri pulak jahat. Buruk sungguh perangai manusia hidung busuk camni ya. Apa yang boleh kita nak cakap manusia2 sebegini mereka bukan cetek agama tapi suka mempersendakan agama, mereka menganggap agama tu sebagai platform untuk menghabui masyarakat sekeliling dan ahli keluarga. Bacalah berita kat bawah tuh.

Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikahwini sejak 12 tahun lalu.

Semuanya bermula apabila si suami yang juga pakar psikologi dan hanya mahu dikenali sebagai Shan, 40, mengetahui isterinya hamil anak ketiga, tetapi hairan selepas wanita terbabit beria-ia mahu menggugurkan kandungan dengan alasan tidak mahu anak lagi.

Menurut Shan yang bertugas di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, isterinya yang hanya dikenali sebagai Rupa, 31, rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an.

“Semuanya bermula pada Ogos 2009 apabila isteri memaklumkan dia hamil dua bulan. Saya sangat gembira, tetapi sebaliknya dia bengang dengan perkara berkenaan.
“Saya mula hairan dan selepas membuat perkiraan, saya sudah beberapa minggu tidak bersamanya dan mustahil dia hamil dua bulan,” katanya, semalam.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment