Nuffnang

Monday, October 3, 2011

JAMBATAN CINTA




Ehsan dari kiriman emel yang diforwardkan kepada kita 2 tahun yang lepas.

Pada suatu ketika dulu, ada dua adik beradik bersaudara yang tinggal di tanah pertanian yang dikongsi bersama yang terlibat dalam satu konflik.

Ini adalah keretakan hubungan paling serius dalam tempoh 40 tahun. Sebelum itu mereka boleh berkongsi mesin, tenaga kerja dan barang-barang yang diperlukan tanpa halangan. Ianya bermula dengan salah faham kecil dan tumbuh menjadi perbezaan besar, dan akhirnya meledak menjadi pertukaran kata-kata pahit diikuti oleh hari-hari yang penuh getir.

Suatu pagi ada ketukan di pintu rumah saudara yang tua. Dia membukanya dan melihat seorang lelaki dengan kotak perkakas tukang kayu.

“Saya sedang mencari kerja untuk beberapa hari” “Mungkin anda memiliki beberapa pekerjaan ?

“Ya” balas sang abang. “Aku punya pekerjaan untuk anda. Lihat ke seberang sungai ditengah tengah kebun ini. Itu jiranku, atau pada kenyataannya, itu adikku. Minggu lalu ada sebuah padang rumput di antara kami dan dia telah mengali sebuah sungai memisahkan antara kami. Yah, dia mungkin melakukan itu semua untuk menyakitkan hatiku. Lihat timbunan kayu di gudang itu? Aku ingin kau membina pagar untukku setinggai 8 kaki supaya aku tidak perlu melihat tempat atau wajahnya lagi.

Tukang kayu berkata, “Saya rasa saya faham situasinya. Berikan saya paku dan penggali lubang dan saya akan mampu melakukan pekerjaan yang menyenangkan anda.”

Saudara yang lebih tua harus pergi ke bandar, jadi dia membantu tukang kayu mendapatkan bahan-bahan dan kemudian dia pun pergi ke bandar sepanjang hari itu. Tukang kayu bekerja keras sepanjang hari dengan mengukur, menggergaji, memaku, dan memalu.

Apabila matahari hampir terbenam dan petani kembali, tukang kayu baru saja menyelesaikan pekerjaannya. Mata petani terbuka lebar, mulutnya ternganga. Tidak ada pagar di sana.

Ada sebuah jambatan – jambatan yang merentangi dari satu sisi sungai yang lain! Dan dihujung sana , jirannya yang juga adiknya berjalan mendatang menyeberang jambatan tersebut dengan tangan yang mendepang

” Awak seorang yang baik kerana membina jambatan ini seletah apa yang telah aku lakukan padamu”

Dua bersaudara itu berdiri masing-masing di hujung jambatan, dan kemudian mereka bertemu di tengah, memaut tangan satu sama lain.

Mereka berpaling untuk melihat kearah tukang kayu yang sedang mengangkat kotak peralatannya di bahunya untuk berangkat berlalu pergi.

“Tidak, tunggu! Tinggallah beberapa hari lagi. Aku mempunyai banyak projek-projek lain untuk anda,” kata sang abang.

“Aku akan senang untuk tinggal di sini,” kata tukang kayu, “tapi, aku mempunyai lebih banyak jambatan cinta yang perlu untuk dibina .”


2 comments:

  1. salam kenal.. jom jenguk n follow belog saya jugak.. baru berjinak2..

    ReplyDelete
  2. wan habibah : wslm. Teruskan berblog ya..nnt kita masuk sana ehh..:)

    ReplyDelete