Nuffnang

Friday, October 14, 2011

JANGAN BERSEDIH


I just don't want to be sand anymore! I just dont feel like eating, I feel tired but can't sleep. This has been going on...

'Jangan bersedih lagi' ditulis buat insan2 yang sedang dilanda masalah samada dalam cinta, dalam kehidupan juga untuk semua juga untuk diri ini...

Namun selagi kita bergelar manusia, kesedihan pasti akan dirasai oleh setiap manusia melalui rentak kehidupan ini. Dalam kesedihan pasti ada airmata, namun jangan lagi kita tangisi atau iringi kesedihan itu dengan airmata lagi kerana lazimnya kesedihan itu boleh membuat kita manusia merendah diri tapi dalam masa yang sama kesedihan boleh menjalinkan hubungan sesama manusia.

Sebenarnya, kesedihan boleh dijadikan ubat penawar kepada jiwa. Kalau kita fikir dengan baik dimanakah dan siapakah tempat untuk kita mengadu, kalau bukan kepada Tuhan Yang Esa. Ketahuilah dalam masa kesedihan sembahyang dan berdoa adalah cara yg paling berkesan. Ia membawa hasil yang positif dengan segera, iaitu dengan merasakan satu kelegaan kerana telah mengadu pada yang Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dalam kesedihan ada benih kegembiraan, agar esok dapat memunggut faedah kegembiraan dariNya dan detik itu, kita tidak akan membenarkan perkara kecil atau remeh-temeh menganggu kita lagi.

No comments:

Post a Comment