Nuffnang

Sunday, October 2, 2011

KENAPA ISTERI MENANGIS?


Moga catatan insan yang bernama Che Siti Hanieyfah dari facebook memberi pengajaran pada suami2 yang sedar, separuh sedar dan tak sedar2 dari lamunan. Henti2kanlah ya, kita baca di bawah tuh.

Jika isteri menangis dihadapanmu “hargai lah ia sebelum terlewat…”. Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi. Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis kerana kamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat susah dan senang. Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakan. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat, TUTUR katanya merupakan KEBENARAN. SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa. Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN. TITISAN air matanya boleh membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI. Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

No comments:

Post a Comment