Nuffnang

Thursday, October 20, 2011

NYAWA BAGAI DI HUJUNG TANDUK


Semenjak insiden rompakan, simbah2 asid dan kes ragut sampai lah sekarang, kita tak merasa nikmat berjalan2 seperti sebelum2nya.

Setiap kali keluar untuk urusan harian saya sentiasa berjalan dalam keadaan berjaga dan ada juga rasa sedikit takut bila dihampiri oleh lelaki yang berjalan dekat dengan kita.

Walaupun doa memang tak pernah putus dalam hati. Lagi dekat orang lelaki yang rasa-rasa berbahaya, lagi laju bacaan Ayat Kursi. Takut meyh..! Teringin sangat nak pergi tapi sering terbantut akibat takut.





Pelikkan dengan kita nih... tapi inilah realitinya. Bila terbaca macam-macam kes ragut, simbah asid, culik. Kita jadi takut dan cukup berhati2. Apatah lagi nak duduk luar rumah bila petang pun takut. Macam pisau di hujung leher je :)

Tak payah pergi jauh, dah cukup untuk dikongsikan disini. Kita sentiasa dikelilingi paras rupa omputih, pak arab, negro dan sebagainya. Kita pun tak kenal perangai dorang. Macam dah duduk luar negara kita nih. Setakat nih nampaknya tiada masalah, insyallah begitulah seterusnya.




Memang saya akui dalam banyak perkara Malaysia kita memang baik. Boleh dengar suara azan. Senang nak cari masjid. Pergi jalan mana-mana pun ada tempat untuk solat. Makanan Halal senang diperolehi. Satu je dalam soal keselamatan kita merasakan bahaya.

Kenapa kita cakap macam tuh? Nyawa manusia nih senang je nak melayang walaupun sekadar nilai RM10.00 mereka sanggup membunuh. Kalau tak percaya buka paper, setiap hari berita bunuh, rompak, rogol dan ragut menjadi2.

Contohnya baru2 nih kita pergi money changer untuk menukar duit Euro dan Sterling Pound tak banyak mana pun tapi rasa ngeri tengok motosikal yang lalulang dan berkeliaran di hadapan money changer dengan pandangan yang cukup garang. Untuk apa ya mereka di situ?

Ishhh! Memang tak selamat.


2 comments:

  1. bila keadaan dah terdesak itu yang jadi begitu, orang lain jadi mangsa..nauzubillah

    ReplyDelete
  2. Saya pernah diragut dalam bulan Ramadhan di depan rumah, semasa jalan kaki dari setesen LRT nak balik ke rumah...!

    Bayangkan...

    ReplyDelete