Nuffnang

Thursday, October 6, 2011

TEMPAHAN TIKET EUROSTAR


Sepagi semalam kita dan kawan2 seangkatan buat tempahan tiket online untuk menaiki Eurostar dari London-Paris untuk pergi dan balik. Alhamdulilah semuanya selesai dengan mudah.

Tidak terlintas sekali dalam hidup kita untuk merasai walaupun sekali peluang untuk menaiki salah sebuah keretapi terlaju di dunia. Namun peluang bakal menjejakkan kaki berada di bumi Eropah ini datang menggolek apabila berjaya mendapatkan tiket keretapi laju Eurostar hanya melalui London-Paris dan Paris-London untuk untuk kita dan rakan2 dengan harga yang boleh tahan, seperti menaiki penerbangan MAS untuk sekali perjalanan Johor Bahru ke KK...huhuhu



Bukan tak mahu membelinya di sana tapi dari segi harga yang tak menentu lagi pun kadar matawang sterling pound yang kian meningkat, segalanya kena buat cepat.



Kami dari kota London ke Paris hanya 10 orang dan 3 orang lagi ke Manchester. Yelah kaki bola, lainlah kita nih kaki bangku...hahaha. Bangku ker?



Bagi yang hendak ke Paris untuk menaiki Eurostar bolehlah membuat tempahan di sini Eurostar. Murah je dik! hahaha :)


No comments:

Post a Comment