Nuffnang

Tuesday, October 4, 2011

WANITA MALAYSIA KURANG SUBUR


Pernah tak baca tentang isu nih? Dalam satu kajian yang dibuat dari tahun 1997 hingga 2007, menunjukkan kadar penurunan tahap kesuburan wanita di Malaysia. Bila ini berlaku, dijangka menjelang tahun 2015 kadar tersebut bakai turun lebih mendadak lagi.

Antara sebab berlakunya perkara tersebut, kerana sikap sebahagian wanita yang lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Ada juga wanita mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup yang bebas tanpa sebarang ikatan dan kebanyakan wanita yang berpendidikan tinggi pula mengalami kesukaran untuk mencari pasangan yang sesuai dengan mereka kerana bilangan lelaki yang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi semakin berkurangan.

Kalau trend macam ni berterusan, silap-silap dalam jangkamasa panjang makin kuranglah nampaknya penduduk negara kita. Jadi apa agaknya suggestion yang boleh kalian pada wanita-wanita yang tak mahu atau lambat kahwin nih dan nak dengar juga komen pasal isu mereka nih semua.


2 comments:

  1. salam singgah. saya seorang daripada golongan ini. bukan x mahu, tapi adalah sangat canggung bila wanita yang buka bicara jodoh. stigma dan norma masyarakat melayu kita.



    kaum lelaki pula sangat gerun dengan wanita berdikari kerana mereka rasa kurang diperlukan dan rendah diri.


    apa lagi boleh dilakukan? tumpukan perhatian pada kerja saja lah. manusia sekeliling hanya bijak mencemuh tanpa fikir mahu membantu.

    ReplyDelete
  2. zonaku : Macih masuk blog kita ya, kita sekadar berkongsi idea.

    Ajal maut dan jodoh ketentuan Allah tapi jodoh pun perlu ada usaha..hi3. Gurau eh!

    Contohnya saya ada kawan yg masih single..so dh nama geng baik so tanya secara personally..dia jwb nak fokus dgn kerjaya...malaslah nak cari pasangan sbb pk kisah lampau...

    Apa yg kita nampak ada sejarah yg buat dia tak nak lagi pk soal jodoh...tp sebagai kwn kita hormat...xde apa2 masalah pun...cuma rasa simpati :)

    ReplyDelete