Nuffnang

Friday, November 11, 2011

ADA HIKMAH DI SEBALIK RAHMAT YANG BERLAKU

Jam 6.30pg di Colindale, London


Kita baru je call kawan kita yang sepatutnya sama2 membuat lawatan rasmi ke benua Eropah tadi. Sedih jugalah sebab mendengar dia menangis dalam telefon. Bukan apa kami sama2 membuat aktiviti dan persiapan sebelum berangkat.

Bila seminggu nak berangkat dia jatuh sakit. Tapi kita tak terkilan sebab sebelum berangkat sempat lagi kita melawatnya di rumah dan sampai di KLIA pun sebelum terputus hubungan selama 13 jam kita sempat call lagi untuk mengucapkan selamat tinggal. Tuhan je yang tahu masa nak tinggalkan masa tu tapi tak nak nangis dalam telefon. Sedih sangat sebab janji2 kami untuk sama2 berangkat tapi apakan daya.

Sebagai kawan sedikit sebanyak kita memang rasa sedih juga, bohonglah kalau tak merasa apa yang dia rasa. Kadangkala kalau kita ada masalah peribadi dan sakit pening, dialah pendengar yang baik sentiasa memberi nasihat. Mungkin orang tak nampak kami berdua rapat di pejabat tapi kami boleh berbincang apa jua perkara. Dekat situlah kami ada 'chemistry'.

Bila dah balik nih banyak perkara yang kita renungkan kembali, mungkin Allah lebih tahu yang terbaik untukNya. Setiap apa yang berlaku dalam hidup pasti ada hikmah yang Allah nak beri pada umatNya cuma masa dan ketika yang kita tidak ketahui.

Kita doakan yang baik2 moga dia diberi peluang untuk dia menjejakkan kaki ke benua Eropah di lain masa, sebagai kawan inilah doa yang kita mampu berikan.

Moga inachomel cepat sembut seperti sediakala dan dapat menjalani hari2 seperti biasa serta dapat menjalankan tugas kembali. Insyallah.

Entri ini sekadar tulisan dan nasihat dari seorang kakak kepada seorang adik, percayalah dalam kehidupan mesti ada dugaanNya yang pasti Allah akan beri dalam bentuk yang berbeza kepada hambaNya yang mampu sahaja.

No comments:

Post a Comment