Nuffnang

Thursday, November 17, 2011

AKU @ WARGA BANGLA DI COLINDALE

Posing di Colindale

Cukup indah kalau kita kenang kembali sebuah pengalaman pahit manis semasa di Colindale tapi terlalu banyak manisnya berbanding pahit kalau dikenang kembali. Moh! Kita kongsi kenangan jadi warga bangladesh dalam masa 15 minit semasa di Colindale...hahaha

Mula2 pijak bumi Eropah kita ada sedikit terkucil emosi dalam 1% tapi simpan dalam perasaan, tak adalah touching dengan kawan2. Idok eh! Teman2 mokcik baik2 belako :)

Sedihnya turun naik tube bawak bagasi. Huh! Nak nangis mokcik! Tak penah lalui susah camni. Tapi bila tengok tourist lain pun 2x10 macam kita. Nasiblah jejaka2 Himalaya yang 5 kerat tu sedia membantu...hehehe

Nampakkan kita nih orang Malaysia terlalu memanjakan diri, gerak sikit je nak naik kereta. Padan dengan muka haku, amik ko!


Kediaman di New Way Road, Colindale

Dengan hujan renyai kita sampai di tube station Colindale. Redah je nak menuju tempat penginapan kami di New Way Road. Ingatkan dekat, bolehlah jalan lenggang mak Limah. Hah! Ko jauh dalam 1 km dengan mengheret bagasi. Dah rupa minah bangla kita masa tuh...hahaha. Nasib aaarrr pukul 5.30ptg jadinya sana dah mula gelap. Idoklah omputih mengintai sekumpulan warga bangla yang baru sampai :)

Mulut dah tak terkeluar kata2, kita diam je follow si budak Syukri yang guide kita sewaktu di sana. Sesekali terdengar juga yang kata 'abislah roda bagasi aku weyh', kang kejap lagi sorang lagi mengeluh 'aduh bila nak sampai', 'ishh! jauhnya' dan bla..bla..hehehe

Lantaklah korang sebut apa, kita dah tak amik kisah. Hampeh tul! Aduyaiii! Memang macam bangla tul malam tuh dengan cuaca yang agak sejuk...hahaha. Lawak2 bila ingat balik :)



Autumn...daun2 berguguran

Dalam 15 minit perjalanan akhirnya sampai juga tempat penginapan kita, sampai2 terus letak bagasi dan terbaring atas katil. Kalau boleh cabut kaki tuh, dah kita cabut kasi panggang atas dapur kejap...hehehe. Esok pasang balik..wakaka

Penat yang amat sangat, masing2 dah terdiam penat, termasuk yang menaip entri nih. Hamik ko! Nak sangat pergi London, jumpa Londang...hahaha

Namun itulah pengalaman yang nak sangat kita cari di negara orang. Baru heret bagasi dan menapak kaki dalam 15 minit. Baru betul2 aku dapat ko!....hehehe. Cukup berharga! Indah untuk kita kenang kembali pengalaman sebegini. Sekurang2nya kita belajar erti hidup susah, bahawa hidup ini ada putarannya. Kadang2 kita di atas, dan kadang2 kita dibawah.

Baru betul2 jadi bangla kita malam tuh tapi sayang tak snap gambokan, mood pun hilang dah. Rupa kita pun dah macam kucing parsi penyek...hihihi


No comments:

Post a Comment