Nuffnang

Tuesday, November 15, 2011

BERANGKAT KE LONDON


Mula masuk balai berlepas di KLIA

Peace be upon u !

Malam ini kita ingin merehatkan minda dengan mengawal sakit kepala tahap tak pernah kita rasai seumur hidup. Ntah sakit sangat, ini pun reda kejap sebab amik paracetomal.

Esok pagi kita nak keklinik. Dengan mengingati hari-hari yang telah berlalu dan menikmati kembali lawatan tugas rasmiku di UK dan France. Tujuan utama adalah lawatan akademik tapi sambil tu menimba pengalaman di benua Eropah. Bak kata pepatah melayu, luas pandangan banyak pengalaman :)



Sementara menunggu masuk pesawat sempat posing bersama Dzul & Zurin

Pergi selama 8 hari meninggalkan keluarga bersama group kita seramai 12 orang. Perjalanan bermula pada khamis 27 Oktober 2011 pukul 7.00pg dengan menaiki pesawat MAS dari Senai Airport dan turun di KLIA. Sempat breakfast di KLIA kemudian menaiki pesawat MAS dari KLIA terus ke Heathrow jam 10.30pg.


Antara hidangan yang disajikan, kita lebih suka pilih western food

Duduk seat no. 56 bermakna kita duduk di tengah2 penumpang lain. Hurghhh! Rasa terkepit mak antara kaum adam dan hawa. Bagusnya seat kami berdekatan tingkap.

Perjalanan mengambil masa 13 jam memang agak lama, berbekalkan novel 'Aku Bukan Malaikat', suratkhabar juga peralatan media yang disediakan oleh pihak MAS. Kita banyak layan channel MAS mendengar celoteh DJ Corie dan paling best dia suka keluarkan lagu Forteen-Berdua Bersatu. Best lagu tuh!


Subhanallah! Ruang udara mukabumi Bangladesh

Masalah kita kalau dalam kenderaan susah nak lelap, jadinya membaca melihat pandangan luar dan sesekali memerhati keletah orang yang tidur dalam pesawat...hihihi

Seronoknya cuaca cukup cantik, pesawat tidak berapa terbang tinggi. Puas kita melihat keindahan mukabumi banyak negara, ada yang batu batan, bukit bukau, tanahnya yang berjalur2 dan berkotak. Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah. Alhamdulilah..


Tompokan salji di kawasan tinggi di mukabumi Tanzania. Subhanallah!

Melihat keindahan negara Tanzania, kawasan2 tempat tinggi mula di litupi salji yang memutih, namun sesekali terasa gayat juga bila menjengok bawah tapi anggap argghhh! tak ada apa2...hehehe

Ya Allah cantiknya, hanya berbekalkan DSLR Nikon yang tidak seberapa ini sempat kita snap tapi sayang bila memory card full sewaktu di Paris kita terpaksa delete mana yang patut. Huh! Terpaksa, dah tak boleh buat apa2! Tertinggal lagi 1 memory card dekat Malaysia. Padan muka haku...hahaha



Masih lagi di ruang udara mukabumi Tanzania. Subhanallah cantiknya

Hilang rasa bosan dalam flight bila melihat keindahan alam dari pesawat MAS, terima kasih kita pada juruterbang Mr. Eric Chin dan krew yang cukup profesional melayan penumpang termasuk kita.

Rasa pipih jugalah punggung masing2. 13 jam meyh! Boring2 kita bangun jugak, kebelakang pesawat untuk berdiri kasi peredaran darah berjalan lancar...hehehe



Pesawat mula landing di UK, hijau je mukabuminya

Sesampai ke Heathrow Airport London pada tarikh yang sama pukul 4.30 ptg waktu UK. Seperkara yang membuat kita tersenyum sepanjang menaiki pesawat ke United Kingdom. Mereka akan merasai pengalaman seperti kita menjadi 'serangga'...hahaha.

Bila pesawat sudah mendarat, semua penumpang tidak dibenarkan bangun dari tempat duduk masing2 bagi tujuan penyemburan racun basmi kuman, ini adalah akta negara UK. Petang tu semua penumpang jadi serangga kejap, kena spray ko...hahaha. Kita tutup muka guna novel...hahaha. Tak suka mak!

Selesai proses imigresen kami disambut Syukri rakyat Brunei yang merupakan pelajar di sana. Sempat posing2 kat Heathrow bersama kawan2.


Sempat Posing ehh!

Ada lagi satu insiden yang buat kita tersenyum bersendirian sampai sekarang. Dalam sibuk2 berposing terus nak keluar dari airport. Bila turun lif kita tak pegang bagasi..wakaka. Jadi mak lenggang kejap meyh! Molek je siap tarikkan bagasi kawan untuk masuk lif.

Apa lagi, terus je berlari dengan Syukri untuk dapatkan bagasi kita tempat berposing2 tadi . Bila tengok cantik je bagasi kita parking tengah2 dunia...hahaha. Huh! Banyak barang penting dalam bagasi tuh! Alhamdulilah tujuan yang baik pasti Allah sentiasa bantu.


Huh! Lega dengan senyum sampai telinga kita menarik bagasi bila nampak kawan2 yang menunggu. Yeaaaay. Terus beli Oyster card dan menuju Colindale tempat tinggal kita. Dari tube station Colindale ke New Way Road mengambil masa 15 minit untuk berjalan. Kurus mak!


No comments:

Post a Comment