Nuffnang

Friday, November 25, 2011

JINAK2 BURUNG MERPATI

Bermain dengan burung merpati di Hyde Park, London, UK

Selamat berehat tengahari semua, yelah hari jumaatkan biasalah rehatnya panjang, bagi yang suka shopping start kereta terus ke shopping complex dan bagi yang lepak di opis ada yang bersembang, tido dan mengadap pc, hah macam kita nih...kuikuikui

Entri kali nih bukan nak cer cite pasal rehat tapi pasal burung, yelah burung merpati. Bukan apa, tadi kita nampak kat wall facebook kawan kita, dia tanya burung merpati boleh makan tak? Kita terus jawab boleh dengan penuh confiden sebab berkongsi melalui pengalaman :)

Mungkin mereka yang pernah tinggal di kampung atau pinggir bandar zaman kanak2 ribena di tahun-tahun 70an dan 80an, pasti biasa dengan suasana di mana ramai yang membela burung merpati. Terdapat ramai juga pemilik kedai yang membina rumah burung merpati yang agak unik binaannya kekununnya memberi rezeki kepada sipemelihara.

Rumah kecil itu dibina di antara 2-3 tingkat dengan bilangan deretan pintu2 kecil yang begitu banyak yang selalunya boleh memuatkan 2-4 ekor burung dalam satu ruang. Dan selalunya satu rumah itu boleh memuatkan hampir 20-40 ekor burung merpati. Mereka yang mempunyai tanah pula akan membinanya berhampiran dapur di belakang atau tepi rumah.

Jiran sebelah rumah abah saya dikampung pernah membina rumah burung merpati ini semasa kecil dulu, tidaklah banyak mana pun bilangannya. Kalau nak dibandingkan zaman sekarang di zaman itu, itulah keseronokkan kami di alam kanak2 ribena... hahaha. Setidak-tidaknya kita terbabit dengan orang dewasa melakukan hobi masa lapang mereka.


Bagi merpati makan roti di Eifil Tower, Paris, France


Satu kepuasan yang sukar diucapkan membela burung merpati walaupun sekadar menempel dengan jiran sebelah. Ianya haiwan yang jinak dan terlalu biasa, ianya akan makan dedak@jagung yang kita tabur dan kadang2 hulurkan di tapak tangan untuk manja2 gitew. Tapi jangan haraplah ianya mudah ditangkap kerana sedikit sahaja gerakan kita ia akan terbang lari. Mungkin itulah sebabnya muncul kata-kata 'Jinak-jinak merpati ditangkap terbang lari'.

Merpati ini akan diam masa makan. Tapi apabila malam menjelang dan semua masuk ke sarang terdengar sayup-sayup burung itu berketuk kurrrrr, kurrrr. Hah! Nih macam bunyi merpati betina... hahaha.

Pada masa itulah kita baru tahu merpati boleh dimakan dan kena sembelih macam ayam. Dan saya tahu dengan cara yang agak tragis. Suatu hari Pak Seman memanggil kita dan kakak untuk proses penyembelihan beberapa ekor burung merpati. Aisehh! zaman kanak2 ribena patuh pada segalanya...hehehe. Tanpa mengesyaki apa-apa, kita datang tengok je. Hah! pegang kuat-kuat kaki dan kepak tu'. Zass!, tengok leher burung merpati tu dah terkulai. 10 ekor tumpas ditangannya terus dia bagi kita dengan kakak suruh bawa balik. Kesian tengok merpati tu menggelupur dan pelan-pelan mati.

Kasihan kita tak lama, bila arwah mak dah goreng garing merpati yang dah siap dibuang bulunya, kena pulak dengan nasik panas. Perghhh! Sedap giler...hahaha. Bila diingat balik balik betullah apa yang arwah nenek kita bela ayam dan itik sebab itu sumber makanan berkhasiat untuk kita. Bukan taraf kita bela binatang untuk hobi. Nasib baik kucing kita si Betty dan Bron tu tak boleh makan? hahaha

Memang benar daging burung merpati memang sedap manis dan lembut tapi jangan biarkan terbiar sejuk nanti liat. Mana nak dapat lagi sekarang, boleh juga dimasak lemak cili api selalunya digoreng kunyit je.

Mana nak cari daging burung merpati sekarang ni? Itu pun masa kat Hyde Park, London dan Eifil Tower, Paris France kita dapat dekatkan diri dengan burung2 merpati, itu pun dengan pelbagai cara. Kita bagi dia roti...hahaha.

Arghhh! rindu dengan semua tuh :)


2 comments:

  1. Saya dok sangka selama ni merpati tak boleh dimakan. Tanpa tahu sebab musabab yang jelas.

    ReplyDelete