Nuffnang

Tuesday, November 1, 2011

JELAJAH BENUA EROPAH : PERANCIS

Selasa, 1 November 2011 Colindale London, UK.

Baru bangun waktu subuh jam 4.00pg. Sejuk giler kalau keluar bangunan hotel nih. Kabus diluar sana. Nak rasa sejuk meh datang sini kita tunggu...huhuhu

Kejap lagi 5.30pg kita nak breakfast dan terus menaiki Eurostar menuju ke Paris, Perancis yang merupakan negara kedua lawatan kita kebenua Eropah.

Yang pasti kita nak bergambar berlatarbelakangkan Eifil Tower meyh...hehehe. Puas hati mokcik kalau dapat terpacak kat situ...huhuhu. Alhamdulilah termakbul sudah impian kita pijak bumi Eropah nih. Cuma, Allah memakbulkan dalam keadaan dan masa yang berbeza dari yang diangankan.

Nak share sikit semasa penerbangan nak mendarat hari tuh. Di atas awan, hanya ada dua warna. Di atas, langit membiru. Di bawah, awan putih terbentang, terapung melayang dalam paras yang sama. Kuasa Tuhan yang mengapungkan awan, ada di depan mata, terasa benar Allah amat berkuasa, Dia hampir dan ada di mana-mana.

Ketika hampir mendarat, kelihatan bentuk muka bumi. Kelihatan banyak ladang-ladang luas terbentang seperti di UK. Cuma tompok-tompok rumahnya kelihatan jauh-jauh dan bilangan rumahnya juga kecil. Benarlah kata seseorang.UK banyak pekan-pekan kecil.

Sedih juga nak naik Eurostar menuju Perancis sepatutnya sebelah seat kita ada teman tapi kali ini kita bersendirian. Kawan kita inachomel tak dapat berangkat kebenua Eropah nih sebab masuk hospital. Sabo ya inachomel, kita percaya ada seribu hikmah yang Allah jadikan begini.

Ok ya nanti kita cerita dalam entri2 akan datang. Doakan kita sampai ke Perancis ya. Muachhh! Untuk semua terutama suamiku, anak2, ahli keluarga, rakan2 pejabat dan rakan2 blogger. Rindu kamu semua :)

2 comments:

  1. asyik gambar pemandangan je, mana gambar kekanda saya ni??? teringin nak tengok gambar kekanda saya ni pakai baju sejuk!! hu hu..

    ReplyDelete
  2. AhMaD ZaRiN : Kjap2 lom sempat nak upload...:)

    ReplyDelete