Nuffnang

Saturday, December 10, 2011

HIDUP INI INDAH

Kita rindu Kaabah!

Tanpa kita sedari sekarang nih sudah berada di bulan Muharam, belum terlewat rasanya untuk kita untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua umat Islam seluruh dunia yang membaca blog kita ini.

Sebagai manusia biasa, kita belum boleh mencapai impian yang kita impikan secara peribadi tahun lepas. Hurmm! Bacaan AlQuran tahun lepas tak katam dan program nak ke Beijing tak jadi sebab ada masalah peribadi. Mungkin Allah dah susun yang terbaik untuk setiap apa yang berlaku dalam diri ini. Allahuakhbar!

Moga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan memiliki sifat berlapang dada, ini bermakna kita menuju dilandasan yang betul. Terus tabah, sabar dan istiqamah dari sifat2 fitnah, hasad dengki, cemburu dan sebagainya. Langkah terbaik bersyukurlah.

Senyumlah itu yang termampu kita lakukan, sentiasa mengekalkan senyuman dengan orang sekeliling sebab dalam hati kita tahu orang yang tidak suka kita itu mereka belum mengenali kita lebih dekat. Teruslah menguntum senyum, memberi salam dan berbuat baik. Biar orang mengadu domba, memfitnah, hasad dengki dan sebagainya. Lama kelamaan mereka juga akan malu pada diri sendiri, malah satu hari nanti mereka tidak dapat elak dari meminta bantuan dan pertolongan kita tapi kena ingat semuanya dengan keikhlasan. Percayalah, ketika itu Allah tunjukkan bahawa kita tidak seperti apa yang mereka sangkakan selama ini.

Maafkan semua orang dan doakan mereka, ia sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kesannya amat nyata pada jiwa. Itulah realiti kehidupan yang perlu diakui. Kadang kala, kita buat baik berpuluh kali tetapi hanya satu kesilapan dan kesalahan kecil yang dilakukan lalu semua perbuatan baik itu seolah-olah terhapus dan yang salah itulah juga diulang sebut berkali-kali. Apa yang boleh kita lakukan? Maafkan orang dan doakanlah mereka kebaikan. Kita percaya Allah akan campakkan nikmat iman dan ketenangan jiwa yang cukup hebat dalam hati kita. Subhanalllah!

Jaga keberkatan rezeki, dalam hidup ini semua orang perlu mencari rezeki. Rezeki yang dicari ini pula boleh dengan pelbagai cara. Bila rezeki kita berkat semua orang sayang kita. Sebab kita suka belanja mereka dan mehulurkan sedekah dan bantuan. Orang suka dekati kita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan yang terpancar dari dalam diri kita melalui bersedekah.

Perghhh! Dah macam pakar motivasi mokcik ya...hehehe. Tapi itulah yang kita dapat ilmu untuk hari ini so sampai2kan untuk kebaikan bersama semua. Yelah betul apa, perkara2 sebegini mengingatkan kita dan saudara2 seislamku semua hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Ada ketikanya kita rasakan sesuatu itu tidak baik untuk kita tetapi sebaliknya. Teruslah berfikiran positif dengan mencari hikmah, kebaikan dan kekuatan atas segala ujian, keburukan dan kelemahan.

Cantiknya hidup ini kalau semua orang mencari kebaikan yang hakiki. Cantek meyh!

No comments:

Post a Comment