Nuffnang

Monday, January 16, 2012

BIARLAH CANTIK DI MATA DAN IKHLAS DIHATI




Bila usia kian meningkat kita banyak belajar tentang kehidupan yang hanya sementara ini. Kalaulah kita tahu, mahu sahaja saya menyebut manusia yang soleh dan solehah. Namun apakah daya, kebanyakan manusia suka jalan pintas kepada nikmat hidup di dunia.

Walhal mereka mampu mengekang hawa nafsu dan menewaskan iblis. Hurmm! Apakah daya. Manusia lebih suka bergantung kepada diri sendiri dari memohon kekuatan dari Allah. Islam itu cukup melapangkan bukan menyempitkan.

Islam itu memudahkan bukan memayahkan. Islam itu Indah. Sesiapa yang bersahabat dengan keindahan, hidupnya menjadi indah. Sesiapa yang mengamalkan Islam, hidupnya akan selamat dan sejahtera. Jiwa yang tenang, hati yang bahagia dan hidup dibawah limpahan kasih sayang Allah. Alhamdulilah cantiknya nikmat Allah.




Antara lagu yang sering kita keluarkan dalam blog ini bermula bulan November 2010. Entah ada yang tersedar atau tengah syok sendiri. "Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang. Biar malu-malu, biar segan-segan, kerna malu itu, perisai orang beriman.”

Lirik lagu Kalau Berpacaran nyanyian Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet itu ada mesej yang disampaikan. Maaflah entri ini mungkin boleh membuat orang mencebik. Tapi sayang ada sesetengah ibubapa melakukan perkara ini tidak faham akan makna dosa atau pun buat2 mcam tak berdosa. Kita perlu cari makna dosa dalam rumahtangga, maka anak2 akan paham. Jangan salahkan anak2 kalau anak terlanjur tapi renungkan kembali contoh tidak baik yang kita pamerkan pada anak2.

Jadilah kita ibubapa yang boleh mengurus cinta dan seks dalam rumahtangga biarlah seiring cantik dimata dan ikhlas dihati. Allahuakhbar!

2 comments:

  1. Terimakasih berpesan-pesan.

    Cukup takut kita, sebagai parents, tidak dapat menjadi contoh yang baik wpun kita sentiasa mencuba...

    ReplyDelete