Nuffnang

Friday, January 13, 2012

EPPY BESDAY TO ME !





Alhamdulilah, Firstly terima kasih Allah yang sentiasa memanjangkan usia saya. Hari ini jumaat, 13 Januari 2012 sangat bermakna buat diri saya. Hari ini, genap usia saya 46 tahun dan lebih istimewanya apabila ahli keluarga malam tadi meraikannya dan pagi ini sekali lagi saya menerima sekeping kad "HAPPY BIRTHDAY" dari jabatan.

Alhamdulillah, kehidupan dan kesihatan saya masih terjaga dan begitu juga kerjaya. Pada usia begini, saya tidak mahu mengalah pada angka dan akan terus menjadikan diri ini sebagai taruhan aset bagi negara dan agama. Insyallah.




Seperti tahun sebelum ini, sekadar berkongsi doa untuk semua kerana saya percaya jika lebih ramai membacanya, lebih ramai yang turut ‘mengaminkan’.

“Bismillahirrohmaanir rohiim. Tiada Tuhan selain Dia. Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Puji-pujian juga buat junjungan dan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Segala kebaikan datang daripada-Mu, Ya Allah, dan yang buruk daripada diriku jua. Tuhan Ya Rahman, bersyukur aku pada saat ini atas limpah kurnia rezeki yang engkau pinjamkan pada diriku, Ya Allah. Aku sujud mengadap kiblat-Mu dengan rasa rendah diri bersama saudaraku yang lain berkiblatkan rumahMu.

“Membantu ahli keluargaku, sahabatku, saudara seagama ku, anak yatim, pejuang agama dan bangsaku. Aku berdoa kepada-Mu, Ya Allah Ya Rahim, supaya kebendaan yang kau pinjamkan tidak menutup mataku, telingaku dan mindaku. Ringankanlah tangan ini untuk menolong umat-Mu yang Kau uji dengan kesusahan dan kesulitan.




“Tuhan Ya Latif, pada hari istimewa ini, aku sujud padaMu meminta supaya aku dijemput lagi ke rumahMu seperti yang pernah kau pinjamkan kenikmatan berada di sana sebelum ini. Pinjamkanlah harta dan ruang masaMu untukku berkunjung ke sana lagi. Aku sangat rindu untuk melihat lagi kebesaran rumahMu.

“Kabulkanlah doa insan kerdil yang Engkau pinjamkan nyawa sejak 46 tahun yang lalu ini dan terus merasa kekerdilannya, malah merasa kebesaran Mu. Amin Ya Rabbal’alamin

Terima kasih buat incik asben kita yang hadiahkan jambangan bunga dan makan di Sushi King juga kek Secret Recipe dari anak bujang kita, tidak ketinggalan ratusan ucapan2 Eppy Besday dari emel dan rakan facebook yang sentiasa mengingati kita sehingga kini. Banyak tuh! Alhamdulilah terima kasih semua. Amin!


2 comments:

  1. selamat hari lahir kakakku kak ct
    ayu kehilangan no hp kak, serius sedih

    untuk kak ct, entry pagi tadi

    http://ruhayurazali.blogspot.com/2012/01/selamat-hari-kelahiran-buat-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. CR

      Tima kasih Ayu...no akk ada kat FB tuh :)

      Delete