Nuffnang

Friday, January 27, 2012

GUNUNG LAMBAK : JAMBATAN GANTUNG




Kali ni merupakan entri terakhir mengenai aktiviti beriadah pada hari sabtu lepas. Sebaik sahaja selesai meronda2 persekitaran bawah Gunung Lambak, kami bersantai menikmati pemandangan indah sebelum pulang ke rumah.

Jelajah terakhir dengan menaiki jambatan gantung. Haishh! Gayat kita, nasib tak ada orang lalu lalang kalau tak mulut nih mesti ringan je suruh 'perlahan2 kita takut'...wakakaka






Sesekali bila dapat berdiri tegas atas jambatan gantung sempat kita menjeling bawah. Cantik ko ada air terjun dan air mengalir bersih cukup menenangkan pikiran.




Totally kita sangat berpuas hati sewaktu disana walaupun sekejap memandangkan anak bujang kita tak sihat.

Gunung Lambak terletak 5 km dari bandar Kluang, dengan ketinggian 510m di atas aras laut, gunung ini amat mudah didaki. Anak bujang dan anak sedara kita mereka sudah beberapa kali mendaki sehingga kepuncak dimana terdapat satu laluan berjalan kaki dan jambatan kayu disediakan untuk kemudahan pengunjungnya.





Kawasan hutan rekreasinya menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti perkelahan, perkhemahan, beristirehat dan berjoging. Pendakian ke puncak gunung pula adalah satu pengalaman yang merehatkan dan menyegarkan.





Pelbagai kemudahan disediakan di sini iaitu kawasan letak kereta, tempat rehat, tandas awam dan kawasan berkelah. Terdapat juga kawasan air terjun untuk bermandi-manda, di samping pelbagai jenis hidupan flora dan fauna yang menarik untuk dilihat. Pemandangan sekitar air terjun dan derusan aliran airnya sudah pasti membuat kita semua terleka seketika.

Apa lagi datanglah ke Gunung Lambak, Kluang, Johor.



No comments:

Post a Comment