Hari ini kita sekadar ingin berkongsi beberapa keping gambar yang cukup indah untuk kita tepek di dalam blog nih. Ini bukan bermakna kita ingin menunjuk2 dengan gambar yang di ambil tapi gambar ini cukup menarik dan rasa tersentuh di hati kita.
Gambar ini kita rakamkan di kawasan berhampiran tempat kita berkerja, bukan luar negara atau sebagainya.
Gambar ini kita rakamkan di kawasan berhampiran tempat kita berkerja, bukan luar negara atau sebagainya.
Walaupun mungkin gambar yang kita ambil ini agak gelap kerana pada waktu itu mendung, tetapi rasanya suasana itu masih boleh dikongsi kepada para pembaca sekalian. Mari kita lihat gambar sinaran matahari yang memancar disebalik awan yang melihatkan garis-garis pancaran di celah-celah dahan pokok serta kubah masjid dan melihatkan sesuatu yang sungguh mengkagumkan, besarnya ciptaan Ilahi. Subhanallah!
Kualiti gambar biasa je kerana tak buat editing langsung ingin menjimatkan masa untuk loading gambar-gambar di atas, jika ada kesempatan. Sememangnya banyak kekurangan di dalam gambar-gambar di atas, tetapi tujuan sekadar ingin berkongsi kepada semua suasana yang telah kita lihat semasa perjalanan ke masjid Universiti Teknologi Malaysia dan secara kebetulan semasa ini, memberi kesempatan untuk mengambil beberapa keping gambar.
Ada beberapa gambar yang tidak menjadi, apa lagi kasi delete lorrr...hehehe. Walaupun sudut gambar tersebut lebih baik, apakan daya, kita mengambil tergesa-gesa kerana khuatir hujan turun. Sayang sesangat Nikon kita tuh, bila dah terkena air berkulatlah nanti. Huh! Sebab tu kita cukup berhati2...:)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteKeindahan panorama alam ciptaan Allah. Berapa ramai dalam kalangan kita yang mahu menghargainya...
TQ
Wslm...Mudahkan untuk mendapat pahala sekadar memuji2 kebesaran tuhan...
Delete