Kukup terkenal sebagai perkampungan nelayan. Ini kerana sejak pertengahan kurun ke 19, Kukup terdiri daripada petani dan nelayan yang kebanyakan terdiri dari keturunan Bugis.
Jika datang ke sini, pastikan mencuba pelbagai masakan makanan laut terutama masakan ketam, ikan dan sotong yang cukup sedap dan menyelerakan kerana sumber makanan laut di sini masih segar. Beberapa restoran adalah terletak berhampiran jeti di mana membolehkan pengunjung menjamu selera sambil menikmati keindahan permandangan laut yang terbentang luas.
Selain itu, pegunjung boleh menyewa bot dan melawati kelong di mana terdapat pelbagai jenis ketam dan ikan dipelihara secara komersil di dalam sangkar. Kraftangan dan makanan seperti keropok, belacan dan cencaluk juga ada dijual di sini.
No comments:
Post a Comment