Nuffnang

Wednesday, February 15, 2012

MIRACLE OF ALLAH



Macam mana nak mulakan entri nih. Betullah janji Allah setiap apa yang kita minta pertolongan dariNya akan dimakbulkan, samada cepat atau sebaliknya.

Miracle of Allah memang tak terduga oleh kita. Doa hambanya memang dimakbulkan olehNya, itu janji Allah. Moralnya berbuatlah baik sentiasa dengan meninggalkan laranganNYa. Insyallah.

Kita dah lama juga menyimpan perasaan, bukanlah menyimpan perasaan dengan orang untuk bercinta dan sebagainya. Perkara nih Disember 2012. Dah banyak dengar orang bergosip pasal sikap hamba Allah nih. Kita no komenlah sebab dia tiada masalah bila membuat kerja2 yang berhubung kait dengan kita.

Tapi bila bermulanya bulan Disember mula dah, suruh buat kerja seperti biasa dan sebagainya dah mula pending. Kita penahlah luahkan pada sorang kawan apa cara nak buat kat hamba Allah nih supaya dia boleh melaksanakan tugas dengan baik. Kehadiran jangan citelah memang agak teruk dan kalau hadir pun hilang ntah kemana2. Dah macam biskut Chipsmore...hehehe






Kita pandang dari sudut kemanusiaan, kalau suruh dia untuk bantu buat kerja pun cakap baik2 tapi dalam lembut dia buat perangai. Aduyaiii! Anak sapalah ya? Kesian masalahnya dia ada isteri dan anak. Kalau hilang kerjayakan susah nanti.

Puas kita pikir nak bantu dia supaya memudahkan kita menjalankan tugas juga untuk kebaikan semua. Bermula hari ahad, bila solat 5 waktu kita doakan dia, jadi orang yang baik2 dan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Alhamdulilah, pagi isnin tiba2 dia diri di meja kita " Kak saya dah siapkan kerja2 nih, kalau ada yang salah tegur ya ". Huh! Tergamam kita bila keluar kata2 sambil menghulur bahan2 ke tangan kita. Subhanallah!

Allah makbulkan doa kita, hari nih dengan gembiranya kita dah boleh selesaikan kerja2 tersebut walaupun dah pending 2 bulan. Mudah2an dia jadi orang yang baik dan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna. Amin.

Minggu nih dia menampakkan perubahan yang baik. Alhamdulilah!


2 comments:

  1. amin..semoga sikap dia yg dah positif tu kekal lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. aSHA ..betul tu, kita doakan org lain jadi org yg baik2...

      Delete