Nuffnang

Sunday, March 4, 2012

CAHAYA MALAIKA



Keceriaan terus menghiasi wajah juara Akademi Fantasi, Mawi ketika mendakap anak sulungnya yang baru dilahirkan 28 Februari yang lalu. Menerusi foto yang dihantar kepada pihak media, jelas terlihat kegembiraan pada wajah Mawi.


Menamakan anak mereka Cahaya Malaika yang bermaksud Cahaya Permaisuri. Mawi turut berharap kehadiran si kecil itu menambah kebahagiaan dan melengkapkan kehidupan mereka sekeluarga selain bersyukur ke hadrat Illahi di atas kurniaanNya inI. Uniklah nama anak mereka!


Moga Cahaya Malaika dapat mengeratkan lagi hubungan Mawi dan Ekin selepas mereka menunggu hampir empat tahun untuk mendapat cahaya mata pertama.


Ekin selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.8 kilogram secara normal dan bayi itu dalam keadaan sihat


Tahniah untuk mereka.

No comments:

Post a Comment