Nuffnang

Thursday, March 15, 2012

DIA NIH BAPAK HANG!

Rabu, 14 Mac 2012 @ Rumahku Syurgaku





Rasa terharu baca berita online malam nih dalam Sinar Harian. Sedih, sampai tak tahu nak komen apa.


“Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang,” antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.



Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya. Berita lanjut lagi klik Sinar.


Kita dapatkan respon dari facebook hasil tulisan pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad. Marilah kita semua muhasabah diri dan fikir-fikirkan perkara yang mendatangkan kebaikan.


Beginilah nasib seorang bapa apabila dunia semakin akhir zaman. Seorang anak sanggup tidak mengaku anak hanya kerana tidak mahu susah menjaga bapanya sendiri. Sebelum kita salahkan anak itu, ada beberapa persoalan yang bermain di minda. Kenapa 30 tahun bapanya tinggal dengan anak saudara? 30 tahun yang lalu ayahnya berusia 38 tahun, masih muda dan kuat.


Adakah kerana dia sudah berpisah de...ngan ibunya? Adakah dia memberikan nafkah kepada anak-anaknya? Kalau 30 tahun tidak mendapat kasih sayang dan perhatian, iaitu sejak anak itu kecil, maka bapa kandung sekali pun pasti terasa bagaikan orang lain untuk diletakkan dirumah. Kalau begitu, kasihan juga pada anak itu. Banyak yang perlu dikaji sebelum kita menghukum.


Kita seringkali bercakap tentang anak-anak derhaka pada ibu bapa tetapi kita jarang bercakap tentang adanya juga ibu atau bapa yang 'derhaka' pada amanah Allah terhadap anak.


Sumber Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment