Nuffnang

Saturday, March 10, 2012

HALLOWEEN @ LONDON






Wah! Hari tuh Nora Danish meraikan hari Halloween, ini kak CT pulak. Harap2 tidak di kontroversikan entriku ini...kihkihkih. Silap2 hari bulan boleh cakap kak CT tu pegi kuar negara nak nuntul ilmu hantu...hahaha. Owh! apa yang nak dihairankan, sambutan Halloween merupakan salah satu aktiviti perayaan yang semakin popular di luar negara.


Malah ada yang ternanti-nanti ketibaan Halloween sewaktu berkunjung keluar negara. Begitu jugalah dengan beberapa hari sambutan lain. Tetapi masing-masing dah diberi didikan yang sempurna tentang erti baik dan buruk sesuatu perkara, pandai2lah jaga diri jangan sampai melepasi batas agama. Takkan itu pun nak kita cakap...ecececce :)


Secara kebetulan sewaktu kita berada di kota London adanya sambutan Halloween day, cukup meriah baik di tengah kota London dan tempat tinggal kami di Colindale. Sempat kita rakamkan bersama2 mereka ketika di Madame Tussauds, London. Di Colindale guna kamera kawan, terlupa dah nak mintak...hihihi. Malu i....tapi hati mahu...cisss!


Sewaktu di Colindale, puas pintu kediaman kami di tekan loceng waktu malam. Remaja dan kanak2 ribena yang datang dengan pakaian seperti hantu dan flower girl. Mereka datang dengan harapan minta coklat dan gula. Wah! Itu cekelat mahu bagi hantu makan ka? wakakak. Ada kawan2 kita yang terlebih baik bagi coklat, kita? Mintak bergambar dengan mereka je...hihihi. Tak koser mak...kikiki



Objektif utama kita sekadar suka2 untuk mengetahui adat dan budaya mereka, tidak lebih dari itu. Rugilah kalau kemana2 kita tidak mengenali keindahan sesebuah negara, budaya dan sebagainya. Pengalaman yang baik2 memang tidak boleh dijual beli, kita sendiri kena merasakannya. Perghhh! berapi2 bercakap ko Jah...hahaha


Mat/Minah Salih yang datang ke negara kita pun sanggup berpanas dan hujan untuk mengetahui budaya kita. Mereka sanggup menaiki tangga Batu Caves yang begitu tinggi untuk mengetahui budaya dan adat yang kita ada. Kita pung tak penah naik Batu Caves, ada apa? hihihi. Serem mak!


Nasihat kita, kemana pun tercampaknya kita, mata coklat ke, kulit hitam atau coklat ke? Kita tetap orang Malaysia...hihihi


2 comments:

  1. bestnye kak ct dpt rasa pengalaman di negara oeg..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KH : Mmg best...insyallah nnt boleh juga dpt mcm akk kalau ada rezekiNya...

      Delete