Nuffnang

Friday, March 30, 2012

RINDU LAGI !

@ Rumahku Syurgaku




Bila terbaca sebuah blog menceritakan tentang artis Abby Abadi ke Mekah melakukan ibadat umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu membuat kita rasa jelez! Really kita sangat jelez.


Labaik Allah huma labaik, labaik sarikalakala labaik, inal hamda wanikmata. Antara kata2 sering keluar dari mulut ini 6 tahun yang lalu. Really kita rindu sangat nak kesini kembali. Kerdilnya diri ini untuk pertama kalinya menjejakkan kaki di sini. Hanya mereka2 yang pernah kesini merasakan apa yang kita rasa. Subhanallah!



Bila ingat kenangan mengerjakan umrah mesti sedih, sebak dan terharu. Mungkin luaran nampak baik tapi antara kita dengan urusan Allah belum tentu. Jauh disudut hati kita hendak melanggar laranganNya tapi siapalah kita di sisi Allah. Arghhh! Kerdilnya kita.



Apa yang mampu kita beri nasihat, jadilah tetamu Allah selagi badan masih sihat. Kalau merasakan banyak melanggar laranganNya eloklah minta sucikan diri dan minta keampunannya. Bagi kita orang lain tidak boleh mengubah nasib seseorang kecuali dirinya. Ecece...macam ustazah pulok tapi betulkan apa yang kita tulis.



Sekadar pembuka kata, seronoknya dapat melihat Kaabah.. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Pengalaman yg paling manis dalam hidup kita mengatasi pengalaman2 manis yg pernah ada.


Terpegun melihat kaabah! Itu perasaan yg pertama. Debaran sebelum sampai depan Kaabah tak boleh digambarkan, hanya ditutup perasaan itu dengan bacaan2 doa utk melihat Kaabah. Allah saja yang tahu isi hati sebenar2 kita.


Baru faham erti sebenar mengapa orang selalu kata, pergilah haji atau umrah masa muda2, masa tenaga masih kuat. Semuanya kerana supaya mengerjakan umrah atau haji kita lebih sempurna. Masyallah!



Cerita pasal umrah nih, kita percaya semua dari kita mempunyai keinginan untuk kesanakan...? Yelah, nak melengkapkan keislaman kita.


Fuh! Kita dah dengar macam-macam dah cerita pasal 'Tanah Haram' ni, memang teruja sangat-sangatlah nak pergi, cuma tengah mengumpul azam nak kesana lagi, insyallah ada rezekiNya.




Kepada ahli keluarga kita yang nak berangkat, semoga segala amalan kalian dapat mendekatkan lagi kalian kepada Yang Maha Pencipta. Sampai sana doakan kami pula ye. Insyallah!!

1 comment:

  1. betol CT..2 tempat ini punya keistemewaan dari melancong ke tempat lain...disini kita rasa amat hampir dengan Pencipta ...di sini kita leka mentaatiNYa!! syukur CT dah kesini...semuga Allah ampunkan dosa dosa kita dari satu umrah ke satu umrah..insyaallah..sebab itu bagi yang merasai nikmat disini akan sntiasa rindu untuk datang lagi seperti yang kita lafazkan sewaktu tawaf Wadak

    ReplyDelete