Rekaan Menyelah, eksklusif.
Menutup aurat di tuntut dalam Islam so sekarang nih mudah untuk mendapatkan bekalan bagi menutup kepala bagi kaum wanita. Bagi yang belum lagi menutup aurat bolehlah berjinak2 sedikit demi sedikit. Cuba baca kat bawah produk Huda's Hijab. Sumber Hmetro.
Tarikan kepelbagaian corak, warna serta penggayaan tudung memberi pilihan kepada
wanita memilih rekaan mengikut keselesaan serta acara yang akan
dihadiri. Mungkin ada wanita gemarkan gaya eksklusif menerusi tudung
bercorak atau polos manakala ada memilih padanan ringkas berselendang.
Namun tidak semua tudung dijual menepati cita rasa wanita serta sesuai
dengan bentuk wajah. Ada yang sudah berkenan namun ukurannya terlalu
longgar, ada pula yang cantik rekaannya namun fabriknya kurang menepati
selera.
Kesukaran memilih tudung bersesuaian, mendorong Nurhuda Khalid
menghasilkan rekaan hijab yang bukan saja memenuhi kehendak wanita
malah selesa dipakai.
Ujar wanita ini lagi, kebanyakan wanita moden kini gemar berpakaian cantik dan mereka semakin bijak bergaya, justeru peluang yang ada digunakan dengan menghasilkan rekaan yang bukan saja menyerlah malah sesuai untuk semua usia.

Sebagai wanita saya cuba memahami apa yang diinginkan mereka. Selain
warna dan corak, jenis fabrik juga mempengaruhi dalam pemilihan gaya
tudung. Paling penting tudung selesa dipakai dan mereka tampil menyerlah
walau dalam apa juga padanan,” katanya.
Menggunakan label Huda’s Hijab by Nur, Nurhuda tampil dengan
rekaan tudung terkini termasuk tudung bersengkuap, Syria, selendang,
anak tudung serta kelainan menerusi selendang dijahit separuh pada
bahagian dagu.
Idea menghasilkan selendang ini terhasil kerana
kerap mendengar rungutan rakan yang ingin tampil berselendang tetapi
tidak tahu menggayakannya. Ada pula merasa sukar kerana mengambil masa
lama disebabkan fabrik terlalu licin sehingga mengganggu kekemasan
lilitan.
Menerusi sedikit kajian, saya cuba hasilkan selendang yang senang
dipakai dan praktikal. Dengan jahitan di bawah dagu, ia memudahkan
wanita mengenakan lilitan mengikut kesesuaian mereka serta cepat
dipakai.
“Selain itu fabrik memainkan peranan penting, sebab itu saya menggunakan material yang ‘dekat’ dengan wanita seperti lycra, kapas, denim dan sifon. Keempat-keempat fabrik ini ternyata menjadi pilihan ramai bukan saja kerana terletak cantik malah lembut, menyerap peluh dan tidak panas. “Lebih penting setiap rekaan sesuai dipakai semua golongan sama ada pelajar, berkerjaya atau suri rumah,” katanya.
Keistimewaan koleksi Huda’s Hijab juga pada jahitan manik dan batu permata yang sederhana dan tidak keterlaluan. Ini memberi rasa selesa kepada wanita yang ingin bergaya dengan padanan kasual.

Menjadikannya tampil eksklusif, setiap rekaan didatangkan dalam satu
atau dua warna dalam ukuran S, M dan L saja. Malah Nurhuda menyediakan
perkhidmatan menukar sengkuap mengikut jenis fabrik. Ini kerana
kebanyakan tudung sedia dipakai tahan lasak cuma mengalami kerosakan
pada bahagian sengkuap.
“Mungkin kerana kerap dibasuh, dilipat serta salah menggantung menyebabkan sengkuap patah. Namun jangan bimbang kerana setiap tudung boleh diganti sengkuap manakala tudung Syria boleh dijahit sengkuap bagi memudahkan pemakaian,” tambahnya.

Mengenai penjualan, setakat ini koleksi Huda’s Hijab hanya boleh
dimiliki menerusi blog dan laman sosial pada harga di antara RM59 hingga
RM70. Namun begitu ibu kepada tiga cahaya mata yang menjalankan
perniagaan sepenuh masa ini mengakui berhasrat membuka butik suatu hari
nanti.
Dia juga sedang merangka strategi bagi mewujudkan rangkaian pengedar eksklusif yang ingin menjual koleksi Huda’s Hijab di seluruh negara. Ini bagi memberi peluang kepada wanita memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan sampingan.

No comments:
Post a Comment