Nuffnang

Thursday, April 5, 2012

GENG ZAMAN SEKOLAH


Owh! My god, macam mimpi apa yang berlaku!

2 minggu lepas kita terjumpa kawan lama zaman semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru. Dia classmate kita masa form 3. 

Kami duduk sebelah menyebelah. Pewitttt! Itu zaman hingusan tapi semuanya sudah berlalu. Biar kita sebut nama kawan tuh mr Muzammil.






Puluhan tahun kami terpisah selepas menamatkan SPM. Masing2 ke IPTA, IPTS dan ada yang ke oversea. Kita tahu Muzammil ke oversea amik bidang engineering kat Moscow. Yelah perjalanan hidup dan mati kita ini segalaNya ketentuan Allah. Puluhan tahun terpisah pun boleh jumpa kembali.

2 Minggu lepas tengah kita berjalan menuju Makmal Pencarian untuk menghadiri kursus Cuti Secara Online tiba2 ada hamba Allah memanggil nama kita beberapa kali. Seriously kita dah tak kenal langsung, dia still kenal kita yang sudah tahap makcik domok ini...kohkohkoh. Baguslah bermakna dia masih ingat kawan.

Perbualan kami tak lama adalah dalam 2-3 minit sebab kita nak mengejar kursus. Bila kita selesai kursus kita nampak dia tengah sibuk di meja study. Kita abaikan, insyallah bila2 masa kami boleh jumpa dalam gedung ilmu tempat kita bertugas.





Minggu lepas semasa di aras 4, kami terjumpa lagi. Kali ini dia dengan anak gadisnya yang merupakan pelajar express di UTM. Kita tergelak bila tengok anak beranak ini sama2 study di pusat pengajian yang sama cuma bezanya anak baru nak menapak dan ayahya sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD. 

Kita respectlah kawan kita nih sanggup study dalam usia yang kian senja. Kalu nak compare dengan kita nih yang macam hampeh...huhuhu. Owh! Tidak baik berkata2 sebegitu untuk diriku. Alhamdulilah...yoyoyo!

Sempat kawan kita, Muzammil berpesan suruh tegur dan nasihatkan anak dia yang bernama Rita supaya belajar rajin2 dan tegur kalau ada yang tak betul. Uitsss! Insyallah, kita anggap macam anak2 kita jugak. Kita tahu itulah intan payung yang sorang anak kawan kita tuh.

Semalam kita disapa dengan budak Rita nih kat ruang zon laptop. Kita pun hye! hye! bye! bye! sebab nak menghala kedalam opis. Sempat kita kirim salam kat papa & mama dia. 

Tiba2 Rita menjawab, mama dah tak duduk sebumbung dengan papalah aunty. Mereka berpisah masa saya form 3, mama telah pun berkahwin dengan seorang lelaki duda sehingga dia tak memerlukan papa lagi. Aduyaiii! kita tak bertanya lansung tentang peribadi mereka tapi budak nih mugkin sekadar untuk luah isihati dia.

Cepat2 kita minta maaf atas keterlanjuran kata2 yang tidak disengajakan atas kiriman salam kita....huhuhu.  Rasa kesian kita kat Rita tuh sebab kita memahami situasi dia. Bila mana salah seorang ibubapa yang bermasalah, anak2 jadi mangsa keadaan. 

Apa yang termampu kita hanya boleh nasihat si budak Rita tuh, apa jua keadaan ibubapa yang sudah bercerai berai hidup kena teruskan. Dengan hanya punya akademik dan kerjaya yang baik boleh menjamin masa depan. Patutlah tiap kali terjumpa kawan kita si Muzammil tuh, beriya2 dia suruh tengok2kan anak intan payung dia tuh....huhuhu. Lawoklah ko pakcik.

Anyway untuk  kawanku Muzammil moga terus berjaya dalam akademik, kerjaya dan bertemu jodoh dengan orang yang baik2. Sebagai kawan hanya doa yang mampu kita panjatkan. Maaf ya badut aku jadi pendengar yang baik untuk anak ko secara tak langsung, walaupun ko tak penah buka mulut.

Macih Muzammil ko banyak mengimbau zaman persekolah kita. Lawak badut zaman remaja dia dulu tetap masih ada...hahaha. Seronoknya kalau dapat back to school. Yihaaaaa!! rambut tocang 2...hihihihi



2 comments:

  1. tentu seronok kan kalau zaman persekolahan tu manis2 je kenangannya, kalau yg hitam lebam, malas dah nak ingat, kalau boleh nak bunuh kenangan tuw,...

    salam kenal dan dofollow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. aimaniman : Betul, seronok untuk dikenang..kalau jumpa masing dh berubah fizikal..bual lebih kpd bertanya anak2...hihihi

      Delete