Nuffnang

Monday, April 9, 2012

SELAMAT BERANGKAT ABAH

Kita 3 jam hari nih. Gagahkan juga ke pejabat pagi tadi mengikuti taklimat Naib Canselor. Huh! Mengantuk yang amat sangat sambil mendengar topik DNA UTM. Nasib kawan sebelah kita pandai layan sesekali berbual. Idoklah makcik terlena sampai bulan bintang...hihihi




Pagi tadi  menghantar abah dan mak berangkat untuk menunaikan ibadah umrah. Sampai rumah susah mata nih nak lelap, bila dah terlena nak kena bangun bersiap2 ke pejabat.

Tak kisahlah tuh semua demi orang tua kita. Moga abah dan mak selamat pergi dan kembali serta dapat menunaikan ibadah ini dengan sempurna. Kali terakhir abah berangkat kesana dengan kita.

Huh! Jelesnya, doakan giliran kita  kesana lagi kalau ada rezekiNya. Kita percaya niat yang baik dan rezeki yang halal dipermudahkan olehNya. Really kita rindu nak minum air zam2 sepuas2nya, nak bersolat di Raudhah, beribadah di hadapan Kaabah, meneguk susu unta dan ziarah makam2 nabi dan para sahabatnya. Ya Allah rindunya kita pada Rasullah.




Bagi yang ada sedikit rezeki pergilah kesana, kita tak boleh luahkan melalui dari kata2, rasailah pengalaman itu sendiri. Kerdilnya kita semua disisiNya. Insyallah.

Dah 3-4 kali kita call abah. Sayang kat abahku yang sorang tuh.


2 comments:

  1. Semoga semuanya berjalan lancar Kak CT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farra : Macih doakan yg baik2...alhamdulilah

      Delete