Nuffnang

Saturday, April 7, 2012

SEMALAM NIKAH TEPI JALAN, HARI NIH BUBAR PERKAHWINAN

Tak paham! Tak paham! Apa yang lelaki mahukan lagi. Baca paper semalam nikah tepi jalan hari nih kena berpisah sebab kawen koboi. Berita semalam klik sini. Hmetro semalam.

Huh! Ada juga kaum pompuan yang sanggup hidup macam nih. Bodohlah! Cakap kasar kita...huhuhu. Nasiblah kalau ada yang terasa. Siapa suruh ko makan cili Jah oiii...kohkohkh. Pedaskan telinga...huhuhu.

Dunia akhir zaman dan macam kucing dan anjing kawen. Kucing pun dah pandai ada rasa sikap malu. Manusia selamba je muka. Kesian mana peginya insaniah diri dan agama mereka agakna. Sedihlah!

Pernikahan yang menggunakan khidmat jurunikah palsu atau lebih dikenali sebagai ‘nikah koboi’ terutama yang berlangsung di tepi jalan tidak sah menurut syariah dan enakmen keluarga Islam negara ini.
 
Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Badli Shah Alauddin berkata, perkahwinan begitu perlu segera menjalani proses faraq yang membawa maksud kepada pembubaran pernikahan bukan melalui talak.

“Macam mana kita boleh kata pernikahannya sah sedangkan dia melanggar syarat wali iaitu perkara wajib dalam Rukun Nikah yang dijelaskan bahawa wali perlu berada melebihi dua marhalah (83 kilometer) dari lokasi pernikahan, baru kata tidak wujud.

“Tapi kes ini, dia melangsungkan pernikahan di tepi jalan, sekali gus menjelaskan yang walinya masih berada dalam lingkungan wujud. Maka, perkahwinannya tidak sah kerana tidak berwali.

Cuba baca Hmetro hari nih.


4 comments:

  1. hmmm..rumit jadinya bila pasangan nak kawin tak dapat restu ibubapa ni..yang tok nikah pun amik kesempatan lah..

    ReplyDelete
  2. ummiarisa : Baru nak mulakan perkahwinan dah bermasalah...lama lagi entah camna gaknya. Kebanyakkannya tak bahagia kena sumpah isteri pertama dan anak2 dan family...pikir nafsu sendiri je...nauzubillah..

    ReplyDelete
  3. Yong...akk pun x sanggup.Dh susah nak tambah lg beban susah...huh...

    ReplyDelete