Nuffnang

Tuesday, May 29, 2012

HOMESTAY KG. PERIGI ACHEH

Wah! Sekarang nih tengah musim cuti persekolahan makanya ramai yang sedang bercuti dan tidak kurang juga yang sedang nak merancang perjalanan. Elok juga luangkan masa sambil jalan-jalan dan menginap di homestay. Kalau di Johor banyak menawarkan pakej homestay sambil bersantai dengan suasana kampung dan menyertai aktiviti yang disediakan.




Kali ini saya ingin beri sedikit maklumat mengenai homestay di Pasir Gudang yang terletak di daerah Johor Bahru . Mungkin ramai tidak mengetahui termasuklah diri kita nih, bahawa di sini ada menyediakan pakej homestay. Homestay Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang di uruskan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Antara program atau aktiviti dan tempat menarik yang boleh dilawati ialah :-

  1. Persembahan Tarian & Muzik Melayu.
  2. Permainan Tradisional Tempatan.
  3. Tapak Perkhemahan
  4. Aktiviti Menyusuri Sg. Kopok.
  5. Cara Hidup Masyarakat Setempat Dan Rumah Tradisional Melayu.
  6. Lawatan Ke Makam Panglima Acheh.
  7. Masakan Tempatan iaitu Masakan “Seafood”, Ketupat dan Lemang.
  8. Sarang Buaya.
  9. Kraftangan

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jabatan Kemasyarakatan, No telefon 07-2513720 & No Fax 07-2515260 atau emel ke mppg@johor.gov.my


2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    ingatkan kat Acheh...itu yg teruja sbb setau saya kat Acheh depa blm tau konsep homestay gini hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. anyss : Hahaha...kira ttipuz jugklah nih...acheh Johor nih..hi3

      Delete