Nuffnang

Tuesday, May 29, 2012

JALAN2 @ UMBAI, MELAKA

Menimbas kembali jalan2 bersama kakak dan ibubapa kita di Umbai Melaka. Baru berkesempatan nak upload. Cite pun dah basi...hihihi

Kita sebenarnya pergi Senawang ziarah adik kita sekeluarga dan ibubapa mentua dia hendak menunaikan umrah. Mereka buat doa selamat pindah rumah baru dan doa selamat untuk menunaikan umrah.






 

Selepas bermalam di Senawang kita terus ke Umbai, Melaka untuk menziarah pak long kita yang tak berapa sihat. Bukan senang nak meluangkan masa untuk ziarah pak long kita nih, kira 2 in 1 sebab dah lalu Melaka, lagi pun menunaikan hajat abah. 

Masa abah pergi umrah bulan lepas pak long kita sedang sakit di Southern Specialist Hospital, abah ketika itu berada di Arab Saudi. Biarlah mereka adik beradik melepaskan rindu masing2.









Kalau nak tahu pak long kita nih suka akan keindahan alam dan kehidupan yang santai2 gitu. Dia sanggup menyewakan sebuah rumahnya yang sedia ada, manakala dia pula menyewa sebuah rumah yang berhampiran jeti umbai dan medan ikan bakar.

View di situ memang cantik, cuma masa kita datang waktu tengahari, tengok luar pun mata macam nak pejam...hehehe. Cuaca memang panas ketika itu, oleh kerana nak snap gambar, panas pun panaslah. Redah!...hihihi









Kalau perhatikan betul2 dari depan rumah pak long kita, boleh nampak pengunjung datang dan pergi dari Pulau Besar. Tak sampai 50 meter jeti ke Pulau Besar dengan hadapan rumah pak long kita. Sebab itu, kalau datang sini rata2 anak buah tak berasa boring. Ada pemandangan keindahan alam semulajadi juga terdapat pelbagai menu masakan yang istimewa terdapat di Medan Ikan Bakar Umbai.

Memandangkan pak long kita tak ada zuriat jadinya kalau datang betul2 mendapat layanan yang sempurna. Siapa lagi kalau dia nak menumpang kasih, mestilah dengan anak2 buahkan....huhuhu



2 comments:

  1. kalau sunset mesti cantik kan kat sini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul2 GB, mmg cantik tempat nih..akk x sempat nak tgk susnset dah bkejar nak balik JB...

      Delete