Nuffnang

Saturday, May 26, 2012

KEMALANGAN MENYAYAT HATI

Aduyai! Dah macam wartawan suratkhabar tamil pun ada kita nih...hukhukhuk. Eksiden nih berlaku petang tadi semasa kita dalam perjalanan balik kerumah di kawasan perumahan Taman Pulai Indah. 

Belum sampai simpang masuk incik asben sudah terima panggilan dari rakannya mengatakan ada kemalangan berhampiran pondok guard. Kawasan nih kerap sangat berlaku kemalangan maut atau sebaliknya.





Siapalah kita untuk menghalang ketentuan Allah, dimana jua udara, darat dan lautan kalau Allah nak jemput kita kembali kepadaNya. Kita sempat upload gambar ini di facebook, dipahamkan mangsa merupakan saudara baru yang bernama Danial Abdullah. Al Fatihah buat Allayarham.

Kita pun tak berani nak dekat, biarkan incik asben dan anak dara kita yang melihat kejadian tersebut dari dekat. Kita dipahamkan mangsa tersepit di bahagian pemandu dan bomba potong kereta untuk mengeluarkan mangsa. Anak dara kita siap tengok mayat di plastik hitam, rambut masih stylo pacak2, berkulit putih dan muka dipenuhi darah.

Sedih! Anak siapa, kalau sudah berumahtangga suami siapakah, Ayah siapakah, boy friends siapakah? Macam2 kita pikir atas tanda simpati. Orang yang terdekat mesti sedihkan, tambah ibubapa mereka.

Apa pun Al Fatihah untuk saudara baru ini, moga ditempatkan bersama orang yang beriman. 


2 comments:

  1. hmmm...jangan lupa baca doa perjalanan bila bermula naik kenderaan. Peringatan kita bersama.

    ReplyDelete
  2. Papa-NtiQ....Alhamdulilah saling ingat mengingati

    ReplyDelete