Nuffnang

Wednesday, May 30, 2012

MOGA KITA SEMUA MENJADI ISTERI YANG SYAHADAH


Menjadi kebiasaan selepas bersolat maghrib kita suka muhasabah diri dalam beberapa minit sebelum mencapai Al Quran. Ini cara kita untuk terapi jiwa, kita boleh preview diri sendiri. Kita takut dengan mati, entah esok, lusa dan tulat yang pasti kita tetap pergi meninggalkan orang-orang yang disayang.

Namun ada sedikit masa lagi, untuk kita melakukan penghijrahan. Mudah2an Allah makbulkan impian kita menjadi seperti Asiah Muzahim, mungkin tidak sehebat beliau tetapi mencontohi peribadi wanita mulia itu sudah syukur alhamdulilah bagi kita.  







Beliau adalah antara wanita yang seingkali disebut namanya oleh Nabi Muhammad SAW. Asiah Muzahim merupakan isteri kepada firaun, dimana wanita ini sanggup mempertahankan keimanannya kerana Allah Taala, meskipun hidupnya sebumbung dengan suami yang tidak beriman dengan Allah.

Ketabahan Asiah Muhazim memelihara Syahadah atas seksaan suaminya membuatkan batinnya semakin hari lebih mendekati Allah. Subhanallah betapa indahnya hidup seseorang wanita yang diduga sanggup merealisasikan dugaan yang dihadapinya.







Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya kerana kehidupan suami dan isteri ada batas-batas tertentu dalam pergaulan seharian dan tahu membezakan yang halal dan haram. 

Mudah-mudahan moga kita semua wanita yang diduga dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah Muhazim. Amin!

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.




No comments:

Post a Comment