Nuffnang

Friday, May 18, 2012

KATA DULANG PAKU SERPIH

Pejam celik, pejam celik waaa 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7....esok dah jumaat 18 Mei. Banyak peristiwa yang dah berlaku, ambil kenangan yang best dalam diri masing2 dan kasi pijak sampai penyek itu peristiwa pahit...hihihi



Berbalik kepada tajuk entri kadang-kadang kita perasan orang nih sedap bebeno duk mengumpat dan fitnah orang. Muka selamba  kununnya baik, ada setengah tuh pijak semut pun tak mati. Hurm! Belakang Nauzubillah, mintak2 dijauhkan untuk diri kita dan anak2.

Tapi tak sedar pun apa yang kita mengumpat keji, fitnah dan sebagainya kat orang  tuh tapi sebenarnya perangai diri sendiri tak dicermin.  Perghhh! Boleh cakap pasal hal orang dari sorang ke sorang. Boleh gitu!  Pelik! Cukup2lah, malu.

Kita harap mulai sekarang kalau boleh  kurangkan lah, kita malas nak layan. Kita yang mendengar pun dosa beb! Kalau macam ni, ibadah pun tak berkat. err...?

Bila ada sesetengah orang yang cerita keburukkan orang lain, sekarang nih kita pandang sinis je dalam hati. Pening arrr bila mendengar.

Kita tak tau lah sampai bila tahap 'kemenyampahan' nih boleh tahan. Perkataan 'kemenyampahan' cuba rujuk dalam kamus bahasa..wakaka. Ada tak? Jangan gatal2 nak guna pulak ya...hahaha  Kadang2 tuh bila dah duduk sama macam dah join sama. Hurm! Tak pasal2 sekali dengan kita pun dapat dosa free.

Sepatah anak kita cakap, eiii..bosanlah, tak penat ke? Dari apa yang kita baca bila seseorang itu suka mengumpat, memfitnah dan mereka2 cerita yang tak wujud, orang itu akan terputus rahmatnya dari Allah. Rahmat Allah nih dari banyak sudut, rezekinya tak nampak biarpun rajin mana sekali pun dia bekerja, rumahtangganya yang tak sempurna dan sebagainya.

Petikan dari Quran, surah Al-Humazah : Ayat 1 - Barangsiapa yang mati bertaubat dari mengumpat, maka dia orang terakhir yang akan masuk syurga. Barangsiapa yang mati dalam keadaan membiasakan mengumpat, maka dia orang yang pertama masuk neraka". Allah SWT berfirman; Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.

Moralnya wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat agar keluar dari hak Allah dan dirinya. Kemudian meminta halal atas kezalimannya terhadap individu yang diumpat, fitnah dan cela secara terbuka dihadapannya . Telah bersabda RasulAllah SAW, sesiapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah SWT akan memindahkan muka keduburnya pada hari kiamat. 


2 comments:

  1. Rasanya bukan paku dulang... tapi kata dulang...

    mengumpat juga nih ... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mei : Owh..hahhaa...silap rujuk kamus..huhuhu

      Delete