Nuffnang

Tuesday, May 22, 2012

PEROGOL BERSIRI YANG TAK TAHU NAK SERIK

Weyh! Tak serik2 mamat nih agaknya. Dah bagi peluang buat baik still nak ulang semula perangai buruk tuh. Agak2 apa pandangan korang tentang orang camni, adakah dia nak dapat tempat tinggal dan makan free je...hihihi

Cuba baca berita tentang perogol bersiri nih dalam Kosmo hari ini.




Seorang perogol bersiri yang sedang menjalani hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan kerana satu kesalahan rogol, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi empat lagi tuduhan rogol.
 
Amran Che Jaafar, 30, yang disabitkan bersalah oleh mahkamah sama pada 13 Mac lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di dua mahkamah di sini.

Tertuduh yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di negeri ini membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Irwan Suainbon dan Hakim Azman Mustapha.

Bagi tuduhan pertama dan kedua, Amran didakwa merogol dua gadis masing-masing berusia 19 tahun pada pukul 6.45 pagi, 17 September 2010 di sebuah asrama pekerja di Jalan Sultan Yahya Petra dan pada 21 September, pukul 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Dusun Muda.

Sumber : Kosmo


2 comments: